welome!!

Wednesday, February 5, 2014

Part III : Abah yg tiada pengganti

sambungan utk part 2. ni jugak merupakan part terakhir :)

3FEBRUARY2014

pagi ni breakfast nasi goreng dan telur goreng. dah kenyang,lepak-lepak dkt lobi. mak baca newspaper, aku baca magazine.


petang tu tengok abah :') aku pegang tgan abah, bergerak tgan abah. padahal dokter pengsankan abah. abah mmg takkan sedar :) mcm abah tahu je aku datang :) paksu dgn maksu Hasnah dtg. sepupu aku 2 org dtg. maksu dgn mak baca yassin dkt sebelah abah.

tiba-tiba masa waktu melawat nak habis, Nuar dgn mak masuk lagi sekali dlm ward ICU. saja nak tengok abah sebelum waktu melawat habis. abah angkat-angkat bahu. tetiba doktor datang. doktor cakap kt Nuar 'risiko kematian tinggi' . kuman kt paru-paru abah dah banyak sangat,dah merebak. Allah Yg Maha Mengetahui. kita ni sebagai hamba-Nya kena redha apa pun yg bakal terjadi. Allah dah atur kehidupan kita masa kita dlm kandungan lagi :'). mudah-mudahan Allah permudahkan segalanya :')

pukul 11.15 malam,doktor call mak. mak pun kejut aku. kiteorg dah tidur masa tu. aku pun kelam kabut lah bangun. kalau doktor call ni, faham-faham jelaa. gagahkan diri hadap ward ICU yg sejuk gila tu. -.-' doktor pun explain laa pasal abah. dia cakap dia tak rasa yg abah boleh bertahan sampai esok. oxygen abah sangat kurang. aku tahan nangis. terima dan redha. Allah Maha Mengetahui :')

mak call semua adik-beradik,sedara mara. aku berdiri tepi abah, baca yassin dan mengucap..
dalam 30minit kemudian,adik-beradik dah sampai. taklama tu maksu dgn paksu pun sampai :)
ada nurse bhgian emergensi explain laa pasal reading kt machine pernafasan. so,aku tahu keadaan abah mcm mana.

4FEBRUARY2014

Akhirnya abah pergi meninggalkan kami semua pada 7.35 pagi di Hospital Selayang. abah pergi dgn tenang sekali :') mudah-mudahan segala urusan dipermudahkan.

Ya Allah...Kau ampunilah dosa abah,Kau tempatkanlah abah disyurga firdausi-Mu ,lapangkanlah kubur abah,ringankanlah azab kubur abah :')

harapan : mudah-mudahan kami sekeluarga akan kembali bersama di syurga nanti :') wajah abah senyum :') semua anak-anak abah taknangis tauu masa abah pergi menghadap Ilahi. tanda kasih sayang kami dkt abah tau :') dan kami menjadi tabah dan kuat kerana didikan abah kdp anak-anak abah yg sangat sempurna! tiada siapa yg mampu jadi pengganti abah :')

pesanan utk korang semua: hargai ibu bapa selagi masih ada. jgn menyesal apabila mereka meninggalkan kita buat selama-lamanya :)

No comments:

Post a Comment