Assalamualaikum..
Berdasarkan tajuk entry ni kebanyakkannya bersangkut paut pada remaja-remaja. idea mengenai tajuk ni menjelma dalam kepala otak disebabkan pengalaman yang aku lalui. k cukup. :3
Meh baca dan cuba fahamkan betul-betul untuk pengetahuan kita bersama..
PINANG:
-pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Pihak perempuan SETUJU maka jadilah perempuan itu TUNANG lelaki tersebut. SETUJU je hukumnya dah jadi TUNANG. sesiapa masuk meminang hukumnya HARAM. Kalau tak tahu tak HARAM. takpening lagi kan?? okay.. teruskan membaca.
ADAT MEMINANG:
- Bawa dulang besi,tembaga dengan rombongan cik kiah,cik peah,cik makonah dengan sirih junjung lepastu kereta berderet parking tepi jalan. ini hanya ADAT. #take note.
HUKUM ISLAM:
-Cakap aje "I nak kawin dengan U la" ,"I nak jadikan U princess di hati I" dan apa-apa jelah ayat yang ada niat nak jadikan perempuan tu isteri dah diCOP tunang. Hukum Islam di dahulukan. Hukum adat episod lain.
Masalah BESAR sekarang ni, ibu bapa taktahu apa benda pun. anak-anak dia je yang memandai-mandai, lagu mana?
NO PROBLEM. Jadi tunang orang jugak. Kalau perempuan tu persetujuan dia SAH pada syarak, SAH jadi tunang. Kalau tak izin pada syarak, tak jadi tunang.
okay..mesti korang pening kan? sabar..sabar. nak explain lah ni :3
Perempuan yang IZIN sah pada syarak:
-perempuan yang WARAS, BALIGH, CERDIK, BOLEH BAWA DIRI.
(budak sekolah menengah, mahasiswi)
Perempuan TAK IZIN pada syarak:
-Perempuan yang berhajat kepada WALI untuk setuju baru jadi tunang.
-Perempuan yang TAK BALIGH lagi. Kalau dia jawab, TAK SAH. WALI jawab baru sah.
( ini yang budak sekolah rendah)
-perempuan dungu+bendul+selengee dan seangkatan dengannya (gila, sewel)...wali yang kena jawab. setaraf orang yang belum baligh.
siapa kata orang macam tu takda yang nak? Ada jee. make sure dua-dua sama level lah. :3
Seelok-eloknya, bawa berbincang dengan ibu bapa. kalau ibu bapa taktahu lagu mana nak dapat restu. Belum tentu yang kita rasa baik dan sesuai dengan kita mendapat GUARANTEE kekal bahagia. Jangan fikir pasangan kita sekarang tu memang jodoh kita, pilihan tepat dari kita. kalau confident sangat, berdoalah, pujuk mereka untuk terima. Jangan memandai-mandai sehingga membelakangkan mereka. Restu ibu bapa penting.
Kalau pasangan itu tahu agama, faham akan kerukunan rumahtangga, hukum hakam, syariat yang diutamakan dalam Islam, pasti dia akan minta izin berjumpa keluarga..especially mak ayah kita dahulu.
Jangan bajeddd + bangga + sombong + riak + takbur + bongkak mengaku tunang kalau mak ayah taktahu apabenda pun. PLEASE! meluat aku aih.. :3 Jangan yakin, message parents dia selalu akan diterima jadi menantu. -.-' haha. mustahil jika apa yang dibanggakan kekal selamanya.
Biarlah dari permulaan ada persepakatan dan yang paling AFDOL istikharah pada Pemilik yang menemukan kita dengan si dia.
seelok-eloknya anak dara mesti melibatkan wali. Kalau si pakwe 'melamar' je si awek, dah jadi tunang. pastu tup-tup bagitahu mak ayah nak kahwin. Tak ke namanya tu tempah penerajang. Kang tak pasal-pasal mak ayah korang masuk paper METRO first page pulak tu disebabkan 'TERpenerajang' anak diorang tanpa disedari. :3
Bertunang tu penting kerana dalam tempoh itu, tiada lelaki lain boleh mengganggu atau merisik untuk mengenali pasangan kita. Dalam Islam memikat atau melamar tunang orang hukumnya haram. Andainya semua umat Islam faham akan hal ni, takdanya lah tercetusnya isu rampas kekasih orang. :3
Bertunang je pun =.= . Belum nikah. so, takperlu nak bangga sangat dengan gelaran tu.
Jangan ingat dengan gelaran 'tunang' je, engko boleh buat sesuka hati. NO WAY!
Batas-batas pergaulan ada je. SILA PATUH! Jangan patuh cakap 'tunang' engko je.
**nak keluar bersama, bawa sekali mahram .
contoh: kitaorang kembar. so pergi mana-mana mesti berdua. dikira bawa Mahram lah tu. kihkihkih.
Perlu baca dan faham betul-betul. Membawa budak kecil bersama tidak dikira sebagai membawa mahram. Mahram yang dimaksudkan ialah seorang yang waras, boleh mengenal pasti hukum halal haram dan mempunyai 'power' untuk menegur.
Dah lama meredah tempoh bertunang, buatlah pilihan sama ada kita dengan si dia sesuai bersam atau tidak. Kalau dah rasa sesuai, kahwin jelah. Dan takperlu lagi nak usung kehulu kehilir mahram kita. Baru aman sentosa. :3 hahaha
Kalau rasa taksuka, putuskan tali pertunangan itu dengan baik.
Amboi....melamar sendiri pandai. Nak putus minta bantuan orang lain pulak?
Takda istilah MALU apabila berputus tunang.
Islam cukup indah! Islam dah menganjurkan kepada kita bahawa semasa bertunang, takperlu nak panggil wartawan MELODI untuk warwar kan hal pertunangan kita itu pada orang ramai. Bertunang itu lebih baik buat DIAM-DIAM (hanya pihak keluarga perempuan dengan pihak keluarga lelaki) . Takperlu pacak 7buah khemah Arabian, berchandilier, berpelamin yang dipenuhi bunga-bunga hidup :3
"sabda Nabi saw: "rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan" HR Ahmad dari Abdullah bin Zubair ra, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa' al-Ghalil
Bertunang itu ikatan PERKENALAN.Bukan KEPASTIAN.
Kalau dah kahwin, engko nak sewa bill board dekat tepi highway Rawang pun aku tak heran :3
Tayang lah gambar engko besar gedabak ha.
Tapi setakat....haih. malas nak berbicara lebih-lebih. Duit pun takpandai cari, dah nak bajedd...
Pesanan untuk sahabat: Jika belum bersedia untuk berkahwin, maka usahlah melibatkan diri dalam hal-hal percintaan seperti bercouple. kerana ia hanya akan mengundang dosa dari menghampiri pahala.
moh ler sama-sama berusaha berubah kearah kebaikan :)
No comments:
Post a Comment