welome!!

Friday, October 24, 2014

Best ke university/college life?

Assalamualaikum….

Disebabkan dah habis semester satu, so nak cerita lah behind the scene cemena perit jerih menjadi student part 1 yang takpernah rasa sebelum ni life di university. Boleh jugak bagi pengetahuan kecil-kecilan kepada adik-adik yg bakal menjadi mahasiswa dan mahasiswi nanti. SPM pun dah tak lama kan? (rasakan laa siang malam menela’ah buku utk jawab berapa puluh soalan je paper objective). Nanti boleh lah get ready mental dan fizikal before masuk university.

Kehidupan masa zaman sekolah dengan kehidupan di university totally berubah dan berbeza. First thing yang paling aku suka, boleh MAKE UP- MAKE UP. Nak melaram pakai eyeshadow biru sampai merentasi bulu kening pun takda orang kesah. Tapi orang akan pandang slek laa kat orang yang kaya eyeshadow tuh (aku takpernah buat okay).  Yelah korang, kat sekolah tahan diri je nak melaram. Muka sememeh je naik pentas ambik sijil sebab dapat markah merit tinggi. Takda nur langsung.
*aku pernah ke dapat markah merit tinggi?? Uppsss! haha

Mesti ada kan cikgu-cikgu kat sekolah cerita pengalaman diorang masa masuk U? mesti ada lah. Aku dulu time sekolah pun ada cikgu-cikgu cerita pengalaman diorang. MENARIK je dengar kan? Rasa macam nak terus balik rumah, packing baju, terus pergi University yang di idam-idamkan sangat. *melampau sangat nih. Hihihi
Engkorang taktahu sebenarnya…itu pengalaman bawah daun pisang time hujan je. Diorang mana cerita masa tunggang terbalik dekat U. nak bagi semangat lah kata kan. Tapi aku ni orangnya jujur. So aku nak cerita reality sebenar di U.
Siapa kata dah masuk U semuanya MUDAH like eat peanut botak (kacang botak) ?? Dah masuk U, semua lain lah dari zaman SPM dulu tu. Kalau korang senasib dengan aku, masa kat sekolah aliran akaun dan kat university dapat course GEOMATIK SCIENCE faculty of architecture planning and surveying. Ada korang baca terkeluar bunyi ‘ACCOUNT’ ? takda kan? Haaaaa. Baru sedar yang aliran kat sekolah tak menjamin kita akan dapat course itu di university pun.
Geomatik science ni sebenarnya jurukur tanah. Sejujurnya aku masuk U dengan taktahu apa-apa langsung pasal course aku ni. So aku redah je dulu. Baru satu kelas aku masuk, aku dah diserang tekanan jiwa. Lecturer explain ‘agak’ detail pasal course ni. Dah mula dah detect liku-liku yg aku akan rasa. YES! Aku menangis dari hari pertama aku masuk U sampai ke harini. Bukan menangis sebab rindu mak abah, rindu rumah. Menangis sebab course ni aku takminat dan bak kata orang jawa ‘cannot go’.

 *menangis senyap-senyap je. Roommate taktahu. hihiihi
Sebulan dua belajar teori dulu pasal surveying. Lepastu akan dibahagikan group dan 1 group dalam 5 orang macamtu. Pastu akan buat laa kerja mengukur sama-sama. Lecturer yang dia tau task dia bagi siap, assignment hantar..lewat sikit ZERO. Blurhh!

group macamni. tapi ni aku group lain. saje nak entepremm jugak

Stress eh baca? Okay…relax jap. Jom citer pasal u love me,I love you.
Tipu lah kan kalau takda orang yang kita suka. Dan-dan pulak terasa diri ni dah dewasa, mesti lah rasa nak berpakwe. Gatai ngat aih! Nak bagitau adik-adik, dekat U raaaaaaaamai sangat jejaka-jejaka yang rupawan dan cendiakawan, DEKAN yang boleh korang pilih nak jadikan pakwe. Antara dia suka ke tak, tu settle sendiri lah.  Takpayah laa nak becinta dekat sekolah. Takbanyak choice. Satu tempat yang sama, bukan best. Cari lah negeri lain, baru ada PERKEMBANGAN dalam hidup. Aicewaahh!
Aku takda pakwe pun dekat U. rasanya aku masih belum ada rasa nak becinta. Priority sekarang belajar. Umur 21 kahwin! Yezzaaahh.  

#sambungbalik
Dah laa takminat course ni, lepastu kena pulak masuk KESATRIA NEGARA. Benda yang paling aku berusaha elak time sekolah, KAWAD. Bila dah masuk U, aku ingat dah terselamat dari semua ni, rupa-rupanya ada KAWAD jugak. WAJIB!
Dah lama aku stop  kawad. Agak macam aneh sikit lah kawad kat U. yang ajar semua komander dan askar pencen. So, takboleh lah nak cilut-cilut time kawad. Hihihi. Selama 14 minggu dok ‘kirip kanan kirip kanan’…Alhamdulillah aku boleh kawad dengan jayanya.
Semester 2 nanti In shaa Allah takmasuk dah kesatria Negara. Cukup lah untuk semester 1 sahaja.
Aku dah laa takda basic physics. Course ni ada subject PHY 120 iaitu physics. Masa nilah lintang-pukang, tunggang-terbalik aku nak belajar. Nasib baik masa skolah aku tak drop addmath, kalau drop addmath, lagi lah berderai air mata sebesen. Addmath sangat diguna pakai dalam subject MAT133. Tapi MAT133 advance sikit dari addmath. MATHEMATIC yang belajar kat sekolah mana ada pakai pun kat U. totally addmath je diguna pakai.
Yang bestnya bila masuk U negeri yang kita takpernah pergi, kita pergi. Terasa diri ini perantau yang berilmu. Duduk pulak sempadan siam, haih. Duit lebih sikit je, plan dengan kawan pergi sewa kereta myvi, pastu pergi jalan-jalan. Nak hilangkan stress kengkonon. Perlis ni boleh pusing sehari je. Kecik. Biasanya takda laa menepek kat perlis je, mesti lepas ke Alor setar. Dekat je. Pastu duit dah habis, duduk diam diam dalam bilik.
Asal boring sikit je duduk dalam UiTM, pergi cari teksi…”pakcik, nak pergi cmart”. 5minit je kalau terpaksa menunggu traffic light merah ke hijau untuk sampai ke cmart. Tambang teksi seploh ringgit. Cmart tu macam grand union sapa yang duduk area rumah aku ni. Tapi dua tingkat laa. Kecik je. Takmacam tesco Rawang. Tu lah tempat paling gah bagi student  macam aku nih bila duduk di perantauan. Haha.
Uitm perlis sebelah dengan matrikulasi perlis. Aku selalu bertandang ke matrik. Jalan kaki pun boleh kalau rajin lah. Tapi kalau datang matrik, mana boleh naik sampai ke asrama diorang.  Sampai depan gate je. Masuk dalam gate, duduk depan pondok guard tu. Nyampah!
Dan aku pernah pergi matrik naik basikal je. Best! Sampai ke cafĂ© diorang aku redah. Hah…hambek! Dok pendam dalam hati geram sangat takbagi masuk, at last dapat jugak aku melesapppkan diri dari pandangan pakgat tu. Padan muka! Haha. Balik je bilik, lenguh habis kaki, peha betis punggung maybe otot terkejut kot. Basikal tu gear takboleh guna. So memaksa otot bekerja keras kayuh kuat sikit utk naik bukit. Dah laaa hujan.
ADA KENA MENGENA KE DENGAN APA YANG AKU NAK SAMPAIKAN SEBENARNYA??
Semester 1 ni banyak benda kena settlekan sendiri. Kena buka Student portal, kena buka i-learn, nak kena isi form apa-apa jelah. Semua online. Masatu akan kehulu kehilir ke library. Dan itu lah saat-saat yang paling penat dan berharga bersama classmate. Haha. Kalau boleh, phone tu biar ada intenet selalu dan yang boleh guna whatsapp. Sebab nanti ape-apehal, semua suruh whatsapp. Haih. Ini semua dunia semata-mata.

Kalau boleh belajar dengan kawan yang pandai subject yang kita belajar. Senior ke…roommate yg sama course dengan kita ke. Walaupun kita dah tahu sesuatu tu, pergi cari orang yang lebih pandai. Jangan terlalu overconfident. Be humble.
Bulan puasa, aku pernah kena keracunan makanan. Sampai ke hospital kangar tu hah. Dah laa sahur air susu segelas, berbuka dengan sebungkus nasi ..alhamdulillah. kadang-kadang taksahur. Beli makanan berbuka je, esoknya kena keracunan makanan. Lemah longlai. Takpayah nak diet time bulan puasa. Try sahur air susu segelas, berbuka nasi putih, ayam goring dgn telur mata. Pastu kehulur kehilir pergi kelas jalan kaki. Turun 4kg!!.
Semester pertama ni, aku belajar macam mana nak settlekan masalah sendiri, belajar dekat library sorang-sorang, cari kawan yang pandai satu subject, pergi hadap utk belajar apa yang takfaham, jumpa lecturer. Belajar berjimat, belajar study sampai lewat pagi, bangun awal…mandi awal. Berjalan jauh dengan kadar cepat sebab dah lewat pergi kelas. Pastu sahur takmakan makanan berat, berbuka ala kadar sahaja. Bangun sahur sendiri. Yang paling Berjaya…BUAT ASSIGNMENT MALAM..ESOK KENA HANTAR. Yeay!

Sampai sini je.
Lapar. Nak breakfast. Hihihi.
Terima kasih baca sampai habis.

Bye.  

No comments:

Post a Comment