assalamualaikum..
muqaddimah kali ni dimulakan dengan gambar yang ada kaitan dengan tajuk.. ada laa sikiiiiiit. :3
apa itu nikah gantung?
nikah gantung dalam bahasa arab disebut nikah khitbah. orang dolu-dolu panggil nikah gantung.
"pasai pa nak bergantung-gantung pulak dah? awat tak gayut teruih ja."
akak-akak,adik-adik,abang-abang semua...hampa baca dulu sampai habih naa. InsyaAllah akan terjawab. k poyo :3
sebelum panjang lebaq lagi aku tulis...korang semua perlu tahu hukum nikah gantung adalah HARUS. harus disini tak dosa kalau buat.
nikah gantung bermaksud pernikahan pasangan pengantin yang tidak duduk serumah dalam tempoh yang ditetapkan. biasanya dah buat perbincangan,persetujuan dan kata sepakat dari kedua-dua belah pihak. nikah ni paling famous dikalangan mahasiswi yang masih belajar atau menuntut.
sebab tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri diringankan dan boleh dilepaskan.
nikah gantung ni macam perkahwinan biasa. majlis akad nikah harus mereka ikut. cuma yang membezakan hanya tanggungjawab dan syarat-syarat yang perlu mereka patuh selepas sah jadi suami isteri.
Dan kebiasaannya nikah gantung ni orang takbuat kenduri kahwin pacak 7 buah khemah arabian, berchandilier, berpelamin bunga-bunga hidup :3
nikah gantung menangguhkan 'walimatul urus'. ni bukan sebarang tangguh. kadang-kadang postpone bertahun-tahun.
**walimatul urusan
-majlis pernikahan yang dihadiri oleh segolongan umat islam dari pengantin, wali,dan saksi perlu diishytiharkan pada masyarakat umum. dalam erti kata lain, perkahwinan ini tidak boleh dibuat secara rahsia malah mesti diberitahu kepada umum.
syarat sah nikah di dalam rukun :
- rukun perkahwinan seperti suami, isteri, wali, saksi, dan akad (ijab kabul) dan juga mas kahwin yang perlu ada untuk syarat sah nikah.
sebab-sebab nikah gantung dilakukan:
1. suami masih belum mampu menyara sepenuhnya kos sara hidup isteri seperti sewa rumah, pakaian, dan sebagainya.
2. pasangan masih lagi belajar.
3. belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami mahupun seorang isteri.
lepas settle je majlis akad nikah, kedua-dua pasangan kena balik rumah masing-masing. si suami kena balik rumah mak ayah dia, si perempuan kena balik rumah mak ayah dia.
nak memperjelaskan lagi disini, kedua-dua pasangan ni takboleh duduk serumah berdua-duaan. TAKDOSA. tapi kalau duduk serumah berdua-duaan, masing-masing kena laksanakan tanggungjawab sebagai suami isteri.
"kalau takduduk serumah, seHOTEL pulak macam mana?"
haa...sama lah tu. TIDAK boleh walaupun tanpa pengetahuan orang lain.
*kalau salah tolong tegur ye :')
jika masing-masing dah bersedia nak laksanakan tangungjawab, baru boleh tinggal bersama.
yang paling penting, kita kena tahu tujuan utama nikah gantung dilakukan. PALING utama ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan lahirnya anak luar nikah.
pasangan yang nikah gantung ni...mereka boleh jumpa, berdating, bermesra-mesra. takdosa. HALAL belaka. :)
kalau melakukan persetubuhan pun dan melahirkan anak, ia tidak salah dan tidak haram. anak mereka itu hukumnya SAH.
di sisi agama dan undang-undang kerajaan Malaysia adalah sah bagi pasangan yang melakukan nikah gantung.
sebelum tu...nak tambah lagi pengetahuan kita bersama dengan perbezaan nikah khitbah dengan nikah mut'ah.
**nikah khitbah atau nikah gantung kita dah faham. nikah mut'ah ni tak diterangkan di atas. tetapi siapa yang takponteng kelas pendidikan islam masa form5, InsyaAllah korang tahu. haha.
perkahwinan mut'ah ni merupakan perkahwinan sementara. jangka masa paling minimum ialah sehari atau semalam dan tidak ada jangka masa maksimum, terpulang kepada persetujuan dua belah pihak. ia dihalalkan pada zaman Rasulullah s.a.w dan diharamkan oleh Baginda dan Umar bin al Khattab apabila kesan perkahwinan itu amat buruk sekali ke atas umat islam. kini kebanyakkan mazhab fikah mengharamkannya kecuali mazhab syiah.
sebab apa haram?
sebab bertentangan dengan al-Quran yang menggalakkan perkahwinan berkenaan. timbul banyak masalah terutama dalam hal talak, idah, pusaka, dan sebangainya.
wallahua'alam...
andai tersalah...tolong perbetulkan. :')
budak baru belajar.
No comments:
Post a Comment