ASSALAMUALAIKUM..
entry kali ni untuk kita sama-sama renungkan, muhasabah diri.
Dulu,
aku pun taktahu.
aku jahil di masa lalu.
Bercinta,
rasa sweet gila bersama-sama.
suka duka sharing together.
no wonder lah makin lalai makin leka.
now, bila dah seda,
rasa bersalah. apa dulu yang kita buat semua DOSA.
saya beri 3 situasi orang bercinta.
last nanti compare dengan bercinta dengan Allah.
situasi pertama:
orang bercinta, malam mesti call kan? bila kita tertidur, esok pagi tengok ma shaa Allah banyakkkk gilaaaa missed call,sms daripada si dia. kita jenuh gelabah nak jawab apa kat dia nanti. jenuh duk pikir ayat. kang kata tertidur sentap pulakkk kan? dia dah lah buat super savers la apa la semata-mata nak bercakap dengan kita. hmm macam mana ye?
situasi kedua:
bila kita cintakan someone, kita sanggup oiii pengabihh duit semata-mata untuk dia. topup rm5, rm10, rm30 and rm100 pun sanggup. semata-mata nak text/call/whatsapp/wechat si dia. kering poket pun takpa, demi membuktikan cintaku padamu. mari gelak :3
situasi ketiga:
bila kita ni memang sayang gileeee ler dekat dia, haa mesti duk angau kan? pantang bebenor dengar orang bercerita tentang dia, mula ler kita rasa semacam. hati berbunga-bunga. apatah lagi kalau orang bercerita tentang keindahan dan kelebihan dia depan-depan kita. Fulamakk wey, boleh tak tidur malam teman. ate duk ghenyihh soghang-soghang. Hahaha ghenyih=senyum. Betul kan?
now cuba compare dengan situasi bercinta dengan Allah.
situasi pertama:
kita sanggup kan call malam-malam?sampai bila kita tertidur pun, kita rasa takut bebenor nak ngaku pada si dia. tapi, PERNAH TAK KITA TERFIKIR? apakah aku sanggup BANGUN MALAM, semata-mata untuk ALLAH? apakah aku sanggup bangun BERTAHAJJUD mencari keedhaanNya. pernah tak kita bangun malam semata-mata untuk ALLAH selama ini? pernah ke tidak? simpan jawapan tu.
situasi kedua:
kita sanggup peghabih duit berpuluh, beratus semata-mata nak berbual dengan si dia. tapi PERNAH TAK KITA TERFIKIR? apakah aku sanggup BERSEDEKAH BERPULUH RINGGIT, BERATUS RINGGIT semata-mata untuk membantu saudara-saudara ku di JALAN ALLAH? kita selalu derma rm1, rm2? pernah tak sampai beratus? pejam mata je. JANJI untuk AMAL KEBAIKAN? pernah ke tidak? simpan jawapan tu.
situasi ketiga:
duk angau. dengar je nama dia bergetar rasa hati. apatah lagi bila dengar orang duk puji dia depan-depan kita kan? tapi, PERNAH TAK KITA RASA/ TERFIKIR? bila ustaz/ustazah/ sesiapa sahaja MENCERITAKAN KEBAIKAN ALLAH, KEINDAHAN ALLAH, pernah tak BERGETAR HATI KITA? pernah tak kita tak tidur malam memikirkan KEKUASAAN ALLAH? pernah tak bertambah RASA CINTA KEIMANAN kita pada Allah bila mengetahui kekuasaanNya? pernah ke tidak? simpan jawapan tu.
sahabat..
aku dulu jahil sahabat.
aku juga pernah lalui ketiga-tiga situasi di atas.
dan sukar untuk aku lalui ketiga-tiga situasi di bawah.
aku juga pernah bercinta,sahabat.
namun kini, aku berjuang untuk tidak mensia-siakan masa, hati dan harta dijalan yang haram.
apa yang bakal aku katakan pada suami aku nanti, apa rasa cinta yang bersisa lagi jika semua rasa cinta itu aku dahulukan buat yang belum halal?
sahabat..
kita belum terlambat.
entry ni aku tujukan kepada sesiapa.
aku cuma rasakan aku layak memberi peringatan.
kerana apa?
kerana aku rasakan terlalu banyak status-status di facebook, twitter dari kita semua di tujukan buat yang bukan halal.
boleh berkasih. ya boleh.
Berkasih dengan Allah SWT.
nak tahu macam mana pasangan terbaik untuk kita?
tengok macam mana dia tawarkan cintanya.
mengajak kita couple atau bernikah?
jawapan kepada semua situasi tadi,kita sahaja yang tahu. simpan. muhasabah diri.
belajar cintakan Ilahi. jangan terlalu cintakan yang tidak kekal kerana takut kita kecewa nanti.
Jika rasa cinta masih muda,
kejar ilmu Allah dulu.
Masih banyak yang kita belum tahu.
Jika sudah mampu, carilah pasangan hidup yang berpegang kepada agama Allah. In shaa Allah, bahagia dunia, bahagia akhirat.
**maafkan saya jika ini membuat sesiapa terasa hati. saya rasakan saya patut memberi nasihat disini kerana saya masih belum mampu untuk memberi nasihat secara berdepan. masih selemah-lemah iman. Allahuakhbar Lailahaillah!
No comments:
Post a Comment