"Saya ingin melamar awak menjadi isteri saya". tu sebagai contoh yg mungkin lelaki-lelaki kat luar sana melafazkan kpd seorg wanita yg bertakhta di hatinya. takda dah tanpa lain yg diharapkan, melainkan kata-kata penerimaan sbg bukti wanita itu sedia membuka hatinya utk menerima kehadiran si lelaki.
Persoalannya bkn tentang kesudian seorg wanita itu membuka hatinya atau tak menerima lamaran tersebut, tapi siapakah yg mampu membuka pintu hati wanita tersebut? sudah tentu jawapannya ialah pemilik mutlak sekeping hati itu; Allah Al-Fattah.
Cinta satu kuasa yg luar biasa. jika kena pada caranya, cinta mampu bagi kita kebahagiaan dan keamanan kpd seseorg. bila seseorg bahagia dan aman, masyarakat akn bahagia dan aman. seterusnya, dunia akn turut menjadi bahagia dan aman :)
Dialah sebaik-baik pembuka. Apabila Dia menginginkan kebaikan utk hamba-Nya, maka akn dibukakan segala pintu kebaikan yg t'tutup.
Tatkala umur menjengah usia remaja, rata-rata anak muda sudah pandai bermain cinta. *kitaorg tak pandai semua ni..HaHaHa*
Sapa yg dah ada calon isteri/suami, ni elemen-elemen yg penting. sapa yg dah ada awek, cepat-cepatlah ye engko (lelaki-lelaki sekalian) kumpul duit utk kahwin. haha.
1. Mas kahwin: bagi ikut kemampuan si suami dan selayaknya bagi si isteri
2. Wang hantaran: tak payah nak ikut adat yg biasanya tinggi. *kalau kitaorg....RM12000 jee seorg. hehehe.
3. Belanja perkahwinan: cukup sekadar menjamu para tetamu sbg tanda kesyukuran. *kalau dpt sponser mcm Che Ta?? Pilihlah jalan yg boleh mendapat keredhaan Allah S.W.T.. ye dokk??*
Talipon semua canggih-canggih. touch-touch je. tapi aku?? Ni lah talipon aku skrg:
Dengan adanya smartphone yg dibawa setiap masa, mereka mampu mengakses segala-galanya setiap masa, (skema ayat aku -..- mcm buat iklan talipon..haha)..tanpa iman, boleh jadi 24jam kita bergelumang dgn dosa dan maksiat. Akhir-akhir ni ramai remaja memuat naik gambar di laman sosial bersama pasangan yg bukan mahram. Ada jugak yg buat video sbg ekspresi cinta mereka..
org habaq:- jgn sembrgan menerima kenalan baru dan b'kongsi segala-galanya di laman sosial. sekiranya kita memperuntukkan masa dgn org yg b'lainan jantina melalui teknologi melebihi masa b'sama keluarga, maka sikap ni perlu diperbaharui :)
Teman yg baik sentiasa memastikan kita berbuat baik. Pilihlah teman yg hanya dgn melihat mereka kita pasti ingat akn Tuhan. nak ingatkan jugak, jgn sesekali sisihkan teman yg tersalah memilih laluan kehidupan.
Buat remaja, sbgaimana sukarnya seseorg wanita itu ingin memelihara auratnya, begitu jugak sukarnya seorg lelaki utk memelihara matanya. So, jaga dan peliharalah diri masing-masing, InsyaAllah org lain akn terpelihara drpd kejahatan tgn kita.
Dari mata turun ke hati, dari hati terdetik nafsu, sudah bernafsu tergadai diri, tinggal diri menderita lesu.
Pesanan buat gadis: kalau dia jujur dgn kita, dia tidak akn merosakkan kita..
Pesanan buat lelaki: setiap perbuatan ada balasannya. sebelum mati, sanggupkah kau berjumpa dgn gadis yg telah engkau hancurkan dan si anak yg entah berada di mana? sedar ke tak..kitaorg yg perempuan ni boleh dakwa korg wahai lelaki-lelaki gantengggg sekalian di akhirat nanti..
Pesanan buat gadis dan lelaki: sekalipun sudah berkahwin dan belum bertaubat, tak mustahil tabiat lama masih gemar dilakukan. jiwa tak tenang kerana masih ingin mencari pasangan lain utk berasmara, zina akn mengajarmu selagi engkau jadi hamba nafsu.
Dalam hidup ni, takda sapa pun yg terlepas drpd berbuat dosa dan maksiat termasuklah dosa berzina. tapi kita masih berpeluang utk jadi insan yg terbaik di sisi Allah S.W.T . inilah hadiah istimewa drpd Allah buat hamba yg ingin kembali ke jalan-Nya.
Bygkan apabila seseorg muslim kembali menyerah diri mengakui kesilapan di hadapan Tuhannya walaupun sebesar gunung sekalipun kesalahannya, pasti akn diampunkan. InsyaAllah, seseorg yg bertaubat akn mendpt manfaat :)).
Subhanallah, indahnya sungguh kehidupan mereka yg bertaubat. kehidupannya lebih diberkati dan rezekinya dipermudahkan. rezeki tidak hanya berbentuk wang ringgit. keberkatan hidup, senang menuntut ilmu, diberi peluang bertaubat dan dimudahkan urusan hidup juga dianggap sbg rezeki.
Bezakan antara cinta sejati dgn nafsu. cinta itu suci..nafsu itu noda. jgn biarkan noda dan syaitan menjadi teraju hidup kita.
Thanks for reading this entry :)
No comments:
Post a Comment