welome!!

Tuesday, February 4, 2014

PART I : Abah yg tiada pengganti

Hai, assalamualaikum.

pertama kali menginap di hospital. so, banyak pengalaman yg aku (naimah) dapat.

30 JANUARY 2014 
khamis malam jumaat adalah hari dimana abah kena transfer ke hospital Selayang. malam tu abah sesak nafas. rupa-rupanya oksigen sgt kurang dlm badan abah. doktor dkt KKB( kuala kubu bharu)  terpaksa pengsankan abah sbb nak masukkan tube dari mulut ke paru-paru abah. itu oksigen paling besar. kalau tak pengsankan abah, abah akan sakit dan berlawan (mcm rentap tube tu laa) .
keadaan abah masatu jgn tanyalah. sedih sangat. taksanggup nak tengok :'(

semua adik-beradik kiteorg ada, then rush to hosp.selayang. pukul 3 pagi baru dpt tengok abah. itu pun dari luar je. sangat kritikal :'(
sayu sgt hati tengok abah kita mcm tu. bertarung nyawa sorang-sorang. abah mmg taksedar. macam macam dlm kepala otak ni. SERIOUSLY, tahap KRITIKAL! dah la abah tak makan 8hari mesti takda tenaga. tapi sebelum abah sesak nafas, abah jadi lapar. abah nak sangat makan sosej dan jagung. masa tu kiteorg dgn dua org abg kiteorg kt rumah. mak je yg ada dgn abah. kelam kabut abg beli sosej dgn jagung. dah balik tu adik(hamimah) terus rebus jagung dgn sosej. lepas maghrib tu terus Nuar pergi hospital KKB dgn kawan dia.
Alhamdulillah sempat abah makan sosej sebatang. Jagung je abah tak makan. abah ckp abah dah kenyang :) so, takpalah kan :')

lepas makan tu, terus abah jadi letih. tercungap-cungap. sebelum doktor pengsankan abah, doktor suruh abah mengucap dulu. lepastu terus abah taksedar dah. doktor suruh semua adik-beradik / ahli keluarga tengok abah dari luar je, kiteorg pun balik. doktor ckp kalau tunggu pun abah mmg tak sedar. better balik, rehat-rehat dulu. sampai rumah pukul 4 pagi :')

HARI PERTAMA BERMALAM DI HOSPITAL 

30 JANUARY 2014
 pukul 8.30 pagi, aku dgn mak gerak pergi hospital selayang. paklong Hashim yg hantarkan. alang-alang dia nak pergi tengok abah jugak, dia ajak lah sekali pergi dgn dia. aku kena teman mak. kang jadi apa-apa hal, aku ada kan senang :)

dah sampai hospital, aku terus pergi bahagian kecemasan. sbb malam tu abah kena tahan dkt ward kecemasan. lagipun doktor bgtahu kalau abah kena hantar kt ward ICU, pihak hospital akan inform(call). tapi pagi tu, abah takda dkt situ !! aku kelam-kabut tanya kt counter, diorang boleh cakap cenggini  " maaf kak. skrg ni system down. kami takboleh check nama patient". hangin betul aku. hospital selayang ni 100% data dlm computer. sepatutnya kena lah ada manual data jugak. aku pergi cari abah kt ward ICU. paklong hashim teman naik turun lift. takut lah jadi apa-apa. aku tanya nama pesakit 'HASSAN BIN DUN' ada? nurse ckp takda. nurse ckp 'HASSAN BIN DIN' ada. aku gagahkan diri jugak masuk, check patient sorang-sorang (mcm kawad cam la). walaupun takut, aku masuk jugak ward ICU tu, mintak kebenaran nak tengok org nama 'HASSAN BIN DIN' tu. sorang-sorang je aku time tu. rupa-rupanya itu abah!! aku ingat IC NUMBER abah. terkaku sekejap aku tengok abah. :'( dalam ward ICU tu jugak, aku jumpa doktor, nurse, bgtahu nama abah tu salah. bkn 'bin Din' tapi 'bin Dun'. terus keluar. mak dkt lobi aras 3 tunggu aku. aku lah org pertama jumpa abah. nak meleleh air mata.hmm :'( byk machine dkt bed abah. dan-dan pulak time tu aku pergi tengok abah, doktor tgah buat apa tah._. terus blarr. TAK SANGGUP!! Terus turun bawah. jumpa mak. lgpun time tu takboleh masuk ICU. bukan waktu melawat. tunggu pukul 1 ptg baru laa boleh masuk.

kali kedua aku masuk ward ICU, jumpa abah depan-depan! sedih sangat :'( abah taksedar. tapi aku baca selawat, then mengucap dkt telinga abah. lepastu dan aku cakap dgn abah "abah...kakak dgn adik minta maaf. kakak dgn adik maafkan abah walauapapun salah abah. kiteorg sayang abah :')" aku boleh pegang muka abah je. takboleh nak cium. katil tinggi dan ada tube dgn wayar wayar dkt muka abah. TAK TAHAN SEYHH! gambar tak boleh snap. DILARANG. katanya dokter nak jaga aib pesakit.

waktu melawat pukul 5 ptg-7 ptg, family ain syafiqah dtg dari Raub, Pahang. pagi tu aku inform ain, haritu jugak laa family dia dtg. kebetulan cti raya cina, Ain pun balik laa rumah. dia cuti. skrg ni dia ambik STAM dkt Kuantan. terharu :) thanks ya Ain dgn family dia dtg melawat abah :)

hari yg sama, paklong omar dgn family dia pun dtg. ramai jugak laa yg dtg tengok abah :) memang sentiasa ada org dtg nak tengok abah. tapi kena gilir-gilir masuk. ICU kannnnnn, bukan ward biasa.

haa..ni selingan.
aku paling FED UP lah dgn MAK GUARD india kt situ. apak ah kerek unta ._. jalan terkedek-kedek usong bontot. dia takbagi abg aku masuk nak jumpa abah kejap masa pukul 12 malam. abg aku siang kerja, malam lah dia boleh dtg pun..  memang laaa waktu melawat dah habis. call nurse, nurse bagi je masuk. bebuluuuu jee aku -.-'

solat isya' dkt surau, tetiba terjumpa dgn sorang makcik ni ajak tidur kt bilik khas. dkt dgn ICU. laki dia sakit. masuk ICU jugak. so, aku dgn mak tidur lah situ. yg takboleh blarr, keluar je bilik tuu, nampak laa muka MAK GUARD india tu. -.-' pekerja MAK GUARD yg kerja kt hospital tu majority kerabat dia-.-' bajeddd samseng. aku terajang bontot baru tawwww banyak lemak ke tak! hahahahaha xD


1 comment:

  1. hahahaha...Naimah dah sedih sedih aku baca blog kau, kau cite pasal mak guard jukebox besak tu pulak...

    ReplyDelete