welome!!

Friday, February 21, 2014

Facial oh Facial

Assalamualaikum..


*ni naimah. konnon konnon retiss -.-*


Hi handsome-handsome, gorgeous-gorgeous sekalian :) . ada satu story baru yg fresh mcm fresh orange. harituu  punya cerita..fresh tak? hahaha. k haritu hari cantik sedunia (bagi kitaorg jelah, hehe) sbb kitaorg pergi buat facial (ek elehh sbb tu je?) haha. acah-acah gempak je kan..hihihi. kononya nak la kulit ni nampak flawless, glowing mcm retis..huhu. so, kitaorg pun buat lah meeting kat meja bulat (nak pergi spa pun kena meeting ke? -.-) untk pergi ke spa yg brdekatan.

Lepas dah meeting, petang tu kitaorg pun menapak lah ke spa. bila dah terjah ke dalam spa, perasaan excited tu memang wajib ada..betul ke tidak? (mcm datin wanabi berckp..kikiki). ok, kitaorg buat normal facial je dan mengambil masa sejam untk satu muka. dari rumah lagi kitaorg dah tergedik-gedik. bila masuk kat bilik tu, ada dua katil. aku chopp yg dekat dgn radio..belagak nak feeling lebih-lebih. naimah lambat, so dia tak dpt. haha.

*ni hamimah! sorry kabur-kabur.hihihi*

ok...sesi meramas muka pun start. lagu yg dipasang agak mendodoikan kitaorg. mata pun makin lama makin kurup -.- tanpa sedar aku dah mimpi rupanya. facial tu dibuat dgn lemah lembut dan manjaaa :D sangat best. tak tipuuu. lagu kat situ ala-ala bali kot..tah aku pun confius actually. k abaikan. selepas beberapa minit, aku terjaga sebab Mahir Zain kejutkan aku. lagu dia telah membuatkan bahu aku menari-nari dgn sendirinya dan kepala ni dok asik terangguk-angguk (nasib baik kapas kat mata tak jatuh) ..haaa apa lagi,, berkaraoke lah aku. dah la radio tu tepi aku je. syok punya syok nyanyi, mahir zain pun nak balik dah (lagu dah habis)... suddenly terdengar bunyi something. jeng..jeng..jenggggggg!!!! naimah berdengkur, choiiiiiii!! kau dah kenapa tidur lena sangat? -.- sampai mahir zain kejut pun tak sedar..hahaha. tapi tapi tapi kan korang, facial dekat situ sgt berpatutan dgn harga. alaaa sama je dekat tempat lain jugak. kena pandai survey lah. yg paling best time dia urut badan. perghhh memang best. pandai org tu urut. hilang rasa penat berkerja :)

haaaa kalau korg nak rasa jugak mcm tu, kena lah pergi ke spa :) alaa sekali sekala apa salahnyaa. kan kan? kata nak cantik, kena lah ke spa :D baru macam retis uuoolsssss. kalau yg malas nak ke spa tu, jgn risau. boleh cantik flawless jugak. buat je dekat rumah...lagi jimat (nanti aku share apa yg kitaorg buat :) k? ) beli je bahan-bahan sendiri. kecantikkan itu aset, kena lah care. rajin-rajinkan diri ye uolsss :) muka kiteorg ni takda lah licin bekilat. kihkihkih. itu je..bye2!

Saturday, February 15, 2014

Fakta Menarik Lelaki & Wanita

Assalamualaikum WBT 

Takdalah lama mana pun tak hapdet blog kan. kali ni nak hapdet pasai fakta menarik lelaki dan wanita. sbg seorang perempuan, dah tentu lah kiteorg merasakan perempuan lebih baguih dari lelaki. terbaca lah this topic dlm magazine. kita share-share lah apa yg kita tahu.. CONFIRM byk fakta pasal lelaki dan wanita yg korang masih belum tau. kiterog dah tahu dulu dari korang laa. lalala. let`s cekidaudddddd!!


  1. kebanyakkan wanita tidur lebih lama 1 jam drpd lelaki pd waktu malam. *aku nak tambah sikit..wanita bangun awal berjam-jam drpd lelaki. ada kesah?? haha*
  2. pergantian jantina ataupun transeksual (pondan, maknyah geddik tahu?? haa..tulah maknanya ayat ni.) lebih byk dilakukan oleh lelaki. *korang usha org yg sembur-sembur minyak wangi dkt mall..erm, mid valley lah senang cita, engko tengok ada HALKUM ke tak. hahaha!*
  3. sperma lelaki lah yg menentukan jenis jantina bayi. 
  4. wanita mempunyai sel darah 1 juta lebih sedikit drpd lelaki dan rata-rata berat otak lelaki lebih kurang 1.4kg,wanita kurang dari itu.
  5. basikal lelaki mempunya palang di tengah basikal. *kalau hampa semua jalan-jalan, terjumpa beskat ada palang tengah tuu...toksah dok pening-pening pikiq laki ke perempuan punya naa*
  6. bagi wanita,masalah timbunan lemak lebih banyak pd bahagian punggung. *ini lawak! -.-' takpa..takpa..punggung besaq anak ramai. haha* Bagi lelaki pulak, lebih banyak timbunan lemak pd perut! *berapa bulan anda mengandung? hahaha*
  7. wanita kurang mampu menahan sejuk kerana permukaan kulit lebih besar dan lebih suka pada suhu ruang yg hangat. 
  8. wanita mempunyai 75% lebih banyak kelenjar peluh (yg menghasilkan bau badan) drpd lelaki. * ni TAKBENAR. aku tak setuju! korang pegi bau ketiak banglaa. haa...lalu sebelah pun dah cukup. bangla tu LELAKI kan?? kihkihkih* 
  9. kemampuan pancaindera lelaki utk mengecap rasa masam,manis dan masin lebih rendah pd wanita.
  10. mata lelaki rata-rata lebih besar drpd wanita dan wanita lebih byk bhagian yg berwarna putih. * org ckp...kalau mata hitam besar tu tandanya cerdik. tapi knp perempuan yg bersepah dkt IPT? kiteorg rasa org dolu-dolu ni tersilap cakap ni. mata 'putih' byk sebenarnya cerdik ni*
  11. lebih byk wanita menggunakan kaca mata dan kanta sentuh/lekap di antara usia 16-44 tahun. *tapi kalau sekali lelaki pakai spek, tebai nak mampuih. haha*
  12. secara umum hidung lelaki lebih besar drpd wanita. sedangkan wanita kebanyakkan mempunyai bibir lebih besar berbanding lelaki. *lawak!*
  13. rata-rata pendengaran lelaki menurun sekitar usia 32 tahun,wanita 37 tahun.
  14. lebih banyak wanita dpt menyanyi tanpa suara sumbang berbanding lelaki.
  15. kekuatan meramas tangan lelaki 2x lebih kuat drpd perempuan. *hampa jgn dok pikiq kelain*
  16. kira-kira 78% lelaki berdengkur ketika tidur, hanya 22% berlaku pd wanita.
  17. lebih banyak wanita menggunakan cincin kahwin.
  18. kebanyakkan lelaki membaca lebih lama drpd wanita. *haa...toksah nak bangga lagi. tak habih lagi faktanya* TETAPI lebih 2x ganda wanita yg membaca drpd lelaki.
  19. memilih warna MERAH atau BIRU? lelaki lebih byk memilih warna merah, manakala wanita warna biru!
  20. semua rekod olimpik utk sukan renang,acara balapan, lompat tinggi dan lompat jauh dipegang oleh atlet lelaki.
  21. wanita lebih byk menggunakan kata ganti diri 'saya' berbanding lelaki. *perempuan sopan~*
  22. lelaki lebih baik dalam membaca peta dan dlm keahlian ukur ruang. lelaki cenderung lebih mudah melakukan 2 pekerjaan (abstrak dan logik) pd waktu bersamaan. *memang laa kena expert baca peta. kalau tak lagu mana nak pi konvoi. muehehe*
  23. penelitian di Australia, pembunuh dilakukan 86% oleh lelaki, dan 95% penghuni penjara adalah lelaki! * ni mmg betul. no wonder lah ramai perempuan bermadu. lelaki kurang~ hahahahaha* 
  24. wanita lebih BERANI! lebih dari 60% wanita memeriksa giginya secara rutin berbanding 40%  pd lelaki. *wowwwww! wowwww! patutlaa iklan ubat gigi kt dalam televisyen ramai wanita. lelaki takut rupanya~ hahaha*
perempuan perempuan di luar sana sekalian...BANGGAkah anda? mestilah bangga kan...kita ni lebih baguih dari depa(lelaki).....

kepada lelaki-lelaki sekalian.....bagaimanakah reaksi anda lepas baca fakta-fakta tu semua? hahaha. korang baguih tang nombor 3 dgn 15 tu ja. yg len......kureng hebat lah brader. haha

thanks baca. :)

Saturday, February 8, 2014

Happy Birthday to Kiteorg!

assalamualaikum...
hai uollsss.. 

korang baca tajuk tu pun dah tahu kan pasal apa yg nak diceritakan pada korang kannn? 
8 february adalah hari lahir kiteorg... cukup 18 tahun.. so after this boleh buat IC baru, boleh buat maybank card. hahaha..

tapi yg paling utama sekali, buat IC baru laaa. muka time darjah 6, mmg huduh ya amat laaa.. kikiki
nak tunjuk kt polis yg buat road block pun segan. -.-' Pastu lepasni dah boleh buat maybank card or apa apa bank jelaaaa, mesti nak IC kan? hihihihi

so harini kiteorg celebrate birthday dkt rumah. pukul 3 org baca yassin dulu... 
boleh lah niat utk arwah abah sekali :') first time celebrate tanpa abah. but its sokay laaa. :') 

org dtg baca yassin... jiran-jiran setaman 

ni nak promote kuih... sedapppppp! 50 pcs RM 35 

kuih apam... 
DELICIOUS HOUSE OF APAM
(SALINAS'S COOKIES)
sapa yg nak order, boleh call SALINA MD.NOOR
012-5130572
boleh tempah utk hantaran, birthday party, wedding and nak makan saja2 kt rumah pun boleh.. hihi

jiran-jiran yg datang tuu, dia bawa makanan. katanya tak bagi mak masak. tapi mak masak jugak...

tudung purple naimah,tudung hijau hamimah
eksen je lebih. kikiki

ada dua kek.. satu utk makcik makcik, yg besar tu 
utk kawan-kawan kiteorg. 

kawan-kawan yg dtg..ramai yg sibuk kerja.
ni adalah kawan-kawan yg jadi SURA RUMAH (izzudin halim), yg jadi cikgu tuition kumon, yg kerja kilang kosmetik, yg duduk rumah saja, yg jadi cikgu tadika. hahaha
thanks korang datang :') 
dari kiri : yusrina, adina, syafira (pakai spek), aida, fatin amira, niswah hasina, and yg tak berapa nampak tu izzudin.. hihi
and thanks also to Harith Danial sudi dtg rumah kiteorg :p paling lambat balik! haha

tak lupa jugak yg bagi hadiah dkt kiteorg. nak mention nama ke?? thanks a lot to NAZRUL n KHAIRI for baju t-shirt polo Giordano. nanti kiteorg pakai, kiteorg snap picture n tag kat korang ye :) .kikiki
hadiah takpenting mana pun. yg penting doa....semoga dipanjangkan umur, sihat, dapat masuk U, murah rezeki... :D

apa -apa pun, kiteorg dah DEWASA + MATURE = bukan budak-budak dah. haha

thanks for reading! bye bye.... 



Thursday, February 6, 2014

Dari Mata Turun Ke Hati


Al-Fattah pembuka segala kebaikan..

"Saya ingin melamar awak menjadi isteri saya". tu sebagai contoh yg mungkin lelaki-lelaki kat luar sana melafazkan kpd seorg wanita yg bertakhta di hatinya. takda dah tanpa lain yg diharapkan, melainkan kata-kata penerimaan sbg bukti wanita itu sedia membuka hatinya utk menerima kehadiran si lelaki.
Persoalannya bkn tentang kesudian seorg wanita itu membuka hatinya atau tak menerima lamaran tersebut, tapi siapakah yg mampu membuka pintu hati wanita tersebut? sudah tentu jawapannya ialah pemilik mutlak sekeping hati itu; Allah Al-Fattah.

Cinta satu kuasa yg luar biasa. jika kena pada caranya, cinta mampu bagi kita kebahagiaan dan keamanan kpd seseorg. bila seseorg bahagia dan aman, masyarakat akn bahagia dan aman. seterusnya, dunia akn turut menjadi bahagia dan aman :)
Dialah sebaik-baik pembuka. Apabila Dia menginginkan kebaikan utk hamba-Nya, maka akn dibukakan segala pintu kebaikan yg t'tutup.

Tatkala umur menjengah usia remaja, rata-rata anak muda sudah pandai bermain cinta. *kitaorg tak pandai semua ni..HaHaHa*
Sapa yg dah ada calon isteri/suami, ni elemen-elemen yg penting. sapa yg dah ada awek, cepat-cepatlah ye engko (lelaki-lelaki sekalian) kumpul duit utk kahwin. haha.
1. Mas kahwin: bagi ikut kemampuan si suami dan selayaknya bagi si isteri
2. Wang hantaran: tak payah nak ikut adat yg biasanya tinggi. *kalau kitaorg....RM12000 jee seorg. hehehe.
3. Belanja perkahwinan: cukup sekadar menjamu para tetamu sbg tanda kesyukuran. *kalau dpt sponser mcm Che Ta?? Pilihlah jalan yg boleh mendapat keredhaan Allah S.W.T.. ye dokk??*


Talipon semua canggih-canggih. touch-touch je. tapi aku?? Ni lah talipon aku skrg: 


Dengan adanya smartphone yg dibawa setiap masa, mereka mampu mengakses segala-galanya setiap masa, (skema ayat aku -..- mcm buat iklan talipon..haha)..tanpa iman, boleh jadi 24jam kita bergelumang dgn dosa dan maksiat. Akhir-akhir ni ramai remaja memuat naik gambar di laman sosial bersama pasangan yg bukan mahram. Ada jugak yg buat video sbg ekspresi cinta mereka.. 

org habaq:- jgn sembrgan menerima kenalan baru dan b'kongsi segala-galanya di laman sosial. sekiranya kita memperuntukkan masa dgn org yg b'lainan jantina melalui teknologi melebihi masa b'sama keluarga, maka sikap ni perlu diperbaharui :)

Teman yg baik sentiasa memastikan kita berbuat baik. Pilihlah teman yg hanya dgn melihat mereka kita pasti ingat akn Tuhan. nak ingatkan jugak, jgn sesekali sisihkan teman yg tersalah memilih laluan kehidupan. 
Buat remaja, sbgaimana sukarnya seseorg wanita itu ingin memelihara auratnya, begitu jugak sukarnya seorg lelaki utk memelihara matanya. So, jaga dan peliharalah diri masing-masing, InsyaAllah org lain akn terpelihara drpd kejahatan tgn kita.

Dari mata turun ke hati, dari hati terdetik nafsu, sudah bernafsu tergadai diri, tinggal diri menderita lesu. 
Pesanan buat gadis: kalau dia jujur dgn kita, dia tidak akn merosakkan kita..
Pesanan buat lelaki: setiap perbuatan ada balasannya. sebelum mati, sanggupkah kau berjumpa dgn gadis yg telah engkau hancurkan dan si anak yg entah berada di mana? sedar ke tak..kitaorg yg perempuan ni boleh dakwa korg wahai lelaki-lelaki gantengggg sekalian di akhirat nanti..
Pesanan buat gadis dan lelaki: sekalipun sudah berkahwin dan belum bertaubat, tak mustahil tabiat lama masih gemar dilakukan. jiwa tak tenang kerana masih ingin mencari pasangan lain utk berasmara, zina akn mengajarmu selagi engkau jadi hamba nafsu. 

Dalam hidup ni, takda sapa pun yg terlepas drpd berbuat dosa dan maksiat termasuklah dosa berzina. tapi kita masih berpeluang utk jadi insan yg terbaik di sisi Allah S.W.T . inilah hadiah istimewa drpd Allah buat hamba yg ingin kembali ke jalan-Nya. 

Bygkan apabila seseorg muslim kembali menyerah diri mengakui kesilapan di hadapan Tuhannya walaupun sebesar gunung sekalipun kesalahannya, pasti akn diampunkan. InsyaAllah, seseorg yg bertaubat akn mendpt manfaat :)). 

Subhanallah, indahnya sungguh kehidupan mereka yg bertaubat. kehidupannya lebih diberkati dan rezekinya dipermudahkan. rezeki tidak hanya berbentuk wang ringgit. keberkatan hidup, senang menuntut ilmu, diberi peluang bertaubat dan dimudahkan urusan hidup juga dianggap sbg rezeki. 

Bezakan antara cinta sejati dgn nafsu. cinta itu suci..nafsu itu noda. jgn biarkan noda dan syaitan menjadi teraju hidup kita. 

Thanks for reading this entry :)

Wednesday, February 5, 2014

Part III : Abah yg tiada pengganti

sambungan utk part 2. ni jugak merupakan part terakhir :)

3FEBRUARY2014

pagi ni breakfast nasi goreng dan telur goreng. dah kenyang,lepak-lepak dkt lobi. mak baca newspaper, aku baca magazine.


petang tu tengok abah :') aku pegang tgan abah, bergerak tgan abah. padahal dokter pengsankan abah. abah mmg takkan sedar :) mcm abah tahu je aku datang :) paksu dgn maksu Hasnah dtg. sepupu aku 2 org dtg. maksu dgn mak baca yassin dkt sebelah abah.

tiba-tiba masa waktu melawat nak habis, Nuar dgn mak masuk lagi sekali dlm ward ICU. saja nak tengok abah sebelum waktu melawat habis. abah angkat-angkat bahu. tetiba doktor datang. doktor cakap kt Nuar 'risiko kematian tinggi' . kuman kt paru-paru abah dah banyak sangat,dah merebak. Allah Yg Maha Mengetahui. kita ni sebagai hamba-Nya kena redha apa pun yg bakal terjadi. Allah dah atur kehidupan kita masa kita dlm kandungan lagi :'). mudah-mudahan Allah permudahkan segalanya :')

pukul 11.15 malam,doktor call mak. mak pun kejut aku. kiteorg dah tidur masa tu. aku pun kelam kabut lah bangun. kalau doktor call ni, faham-faham jelaa. gagahkan diri hadap ward ICU yg sejuk gila tu. -.-' doktor pun explain laa pasal abah. dia cakap dia tak rasa yg abah boleh bertahan sampai esok. oxygen abah sangat kurang. aku tahan nangis. terima dan redha. Allah Maha Mengetahui :')

mak call semua adik-beradik,sedara mara. aku berdiri tepi abah, baca yassin dan mengucap..
dalam 30minit kemudian,adik-beradik dah sampai. taklama tu maksu dgn paksu pun sampai :)
ada nurse bhgian emergensi explain laa pasal reading kt machine pernafasan. so,aku tahu keadaan abah mcm mana.

4FEBRUARY2014

Akhirnya abah pergi meninggalkan kami semua pada 7.35 pagi di Hospital Selayang. abah pergi dgn tenang sekali :') mudah-mudahan segala urusan dipermudahkan.

Ya Allah...Kau ampunilah dosa abah,Kau tempatkanlah abah disyurga firdausi-Mu ,lapangkanlah kubur abah,ringankanlah azab kubur abah :')

harapan : mudah-mudahan kami sekeluarga akan kembali bersama di syurga nanti :') wajah abah senyum :') semua anak-anak abah taknangis tauu masa abah pergi menghadap Ilahi. tanda kasih sayang kami dkt abah tau :') dan kami menjadi tabah dan kuat kerana didikan abah kdp anak-anak abah yg sangat sempurna! tiada siapa yg mampu jadi pengganti abah :')

pesanan utk korang semua: hargai ibu bapa selagi masih ada. jgn menyesal apabila mereka meninggalkan kita buat selama-lamanya :)

Part II : Abah yg tiada pengganti

1FEBRUARY2014,SABTU

settle je mandi,solat subuh...aku dgn mak pun kemas-kemas lah nak turun dkt lobi. 3rd floor. nak breakfast. kalau still dkt atas pun, bukan boleh tengok abah pun. dah laa ada muka MAK GUARD tuu, terus berpinar kepala otak nih.

lama jugak dudk dkt lobi. pukul 11pagi kiteorg naik atas balik. aku dgn mak baca  yassin. drpd merepek bukan-bukan better baca al-quran dgn yassin. kesian dkt abah sorang-sorang. sekurang-kurangnya kita sedekahkan yassin kat abah even takdpt tengok abah masa tu. taklama tu, pakcik Awai datang (nama panggilan dia Awai, nama sebenar taktau). dia stg bukan time melawat. so, takboleh laa masuk. dan-dan pulak ada MAK GUARD tu, mmg takda KOMPROMI laaaaa! pintu nak masuk ICU tu sebenarnya kena touch kad. kad tu ada kat MAK GUARD tu baru boleh bukak pintu tu. tapi...dah ROSAK! semalam elok. HAHAHA! padan muka. TAKPERLU touch card tu pun, pintu boleh bukak. krik krik krik xD . tapi still takboleh menyeludup masuk. 24HOURS muka dia ada jee dkt situ. takmengantuk ke aunty?? takcuti ke?? hahhaha *lemak byk kt bontot, boleh jana tenaga. haha*

waktu melawat pukul 1ptg-2 ptg, aku masuk dlm tengok abah. baca yassin sebelah abah. aku dgn mak tgah baca yassin ,ada pulak org call. phone mak aku pegang. org tu ckp nak dtg tengok abah. dia dah sampai hospital. haaa...ni satu hal lagi. mcm nak terajang je org yg bagi information yg salah. abah kt selayang, bukan sg.buloh! aku pun turun laa lobi nak ambik pakcik tu. tunggu kt bawah punya lama. -.-' pakcik tu call,bgtahu yg dia dah ada kt lobi. aku pun melilau laa cari pakcik tu.  aku tak kenal pun pakcik tu....-.-' lepastu pakcik tu call, dia cakap "saya dah ada kt lobi hospital sg.buloh ni. aku ckp la balik "pakcik...abah kt hospital selayang. bukan sg.buloh. abah kt ICU hospital selayang. tingkat 5, bed 10". *sakit benor hati ni ._.* dah laa waktu melawat abah sejam jee. tunggu pakcik tu 15minit. -.- last-last time melawat pukul 5 ptg-7 ptg dia datang. sabar jelaaaaa. :)

pukul 4.45ptg, cik dan dgn family dia datang. pastu adik-beradik aku dtg. semua datang nak tengok abah. diorang dtg bawak baju utk aku dgn mak sekali. pukul 7 ptg dah balik. sebab Hamimah kerja. dia masuk lambat sikit. aku je yg takkerja. Allah takbagi aku kerja lagi rupanya :) rupa-rupanya aku kena jaga abah. Allah dah rancang dgn SEMPURNA :') InsyaAllah rezeki ada dimana-mana. :')

lepas isya' , masuk bilik terus tidur. penat :)

2FEBRUARY2014

Pagi tu aku duduk kt kerusi dkt dgn surau. duduk sorang2, pintu lift terbukak. yg aku nampak ialah WIFE dr.S.Mudzafar Syukor, DR. HELINA *aku taktau betul ke tak nama dia yg tu. haha*
lawa woi ! putih,tinggi,kurus. flawless gila kulit-.-' dia masuk dalam ward ICU.

mak pun dah siap kemas barang, kiteorg pun turunlah bawah. nak pergi breakfast. makan dkt 'Nur Cafe' . dkt situ sedap sikit makanannya. cafe dkt dlm hospital tu makanan dia semua tak menepati selera aku. indon lambak-lambak. bangla pun 2x5 jee lambaknya-.-'
dah siap breakfast,kiteorg duduk kt lobi. ada meja  dgn kerusi dkt situ. nak naik atas bukan ada menda pun. *tahan mengantuk #.# *

doktor-doktor kt situ semua handsome-handsome, lawa-lawa. untung laa sapa dpt kahwin dgn doktor kt  situ. pakej lengkap. hehe :p

mcm-mcm ragam yg aku perati jee. seriously paling serabut adalah anak india-.-' *geleng kepala* .
dah laa cakap kuat mengaum! degedeyy..degedey...hehehe..degedey..degedey..

lunch makan bedua dgn hamimah. lama dah tak makan bedua sejak aku teman mak dkt hospital. hihi.. mak makan dgn angah.. diorang makan lambat sikit. waktu melawat petang, ramai yg dtg tengok abah. :')
aku dgn hamimah masuk bedua tengok abah. tangan abah jadi gemok sbb doktor masukkan air kannn. lepastu doktor masukkan ubat matikan kuman. nyenyaknya abah tidur :') 

waktu melawat dah habis. hamimah dah balik sebelum tu. sbb dia nak masuk kerja. aku dgn mak lepak-lepak la kt surau sampai isya' . baca quran, baca yassin :) dah siap, naik tingkat 5. tidur :)
before tidur, boleh pulak makcik-makcik kt sini cerita pasal hantu.bilik yg aku dgn mak tidur tu keras :) . takpalah, baca ayat kursi byk-byk :')

nantikan sambungan ini... :)
enjoy reading! 

Tuesday, February 4, 2014

PART I : Abah yg tiada pengganti

Hai, assalamualaikum.

pertama kali menginap di hospital. so, banyak pengalaman yg aku (naimah) dapat.

30 JANUARY 2014 
khamis malam jumaat adalah hari dimana abah kena transfer ke hospital Selayang. malam tu abah sesak nafas. rupa-rupanya oksigen sgt kurang dlm badan abah. doktor dkt KKB( kuala kubu bharu)  terpaksa pengsankan abah sbb nak masukkan tube dari mulut ke paru-paru abah. itu oksigen paling besar. kalau tak pengsankan abah, abah akan sakit dan berlawan (mcm rentap tube tu laa) .
keadaan abah masatu jgn tanyalah. sedih sangat. taksanggup nak tengok :'(

semua adik-beradik kiteorg ada, then rush to hosp.selayang. pukul 3 pagi baru dpt tengok abah. itu pun dari luar je. sangat kritikal :'(
sayu sgt hati tengok abah kita mcm tu. bertarung nyawa sorang-sorang. abah mmg taksedar. macam macam dlm kepala otak ni. SERIOUSLY, tahap KRITIKAL! dah la abah tak makan 8hari mesti takda tenaga. tapi sebelum abah sesak nafas, abah jadi lapar. abah nak sangat makan sosej dan jagung. masa tu kiteorg dgn dua org abg kiteorg kt rumah. mak je yg ada dgn abah. kelam kabut abg beli sosej dgn jagung. dah balik tu adik(hamimah) terus rebus jagung dgn sosej. lepas maghrib tu terus Nuar pergi hospital KKB dgn kawan dia.
Alhamdulillah sempat abah makan sosej sebatang. Jagung je abah tak makan. abah ckp abah dah kenyang :) so, takpalah kan :')

lepas makan tu, terus abah jadi letih. tercungap-cungap. sebelum doktor pengsankan abah, doktor suruh abah mengucap dulu. lepastu terus abah taksedar dah. doktor suruh semua adik-beradik / ahli keluarga tengok abah dari luar je, kiteorg pun balik. doktor ckp kalau tunggu pun abah mmg tak sedar. better balik, rehat-rehat dulu. sampai rumah pukul 4 pagi :')

HARI PERTAMA BERMALAM DI HOSPITAL 

30 JANUARY 2014
 pukul 8.30 pagi, aku dgn mak gerak pergi hospital selayang. paklong Hashim yg hantarkan. alang-alang dia nak pergi tengok abah jugak, dia ajak lah sekali pergi dgn dia. aku kena teman mak. kang jadi apa-apa hal, aku ada kan senang :)

dah sampai hospital, aku terus pergi bahagian kecemasan. sbb malam tu abah kena tahan dkt ward kecemasan. lagipun doktor bgtahu kalau abah kena hantar kt ward ICU, pihak hospital akan inform(call). tapi pagi tu, abah takda dkt situ !! aku kelam-kabut tanya kt counter, diorang boleh cakap cenggini  " maaf kak. skrg ni system down. kami takboleh check nama patient". hangin betul aku. hospital selayang ni 100% data dlm computer. sepatutnya kena lah ada manual data jugak. aku pergi cari abah kt ward ICU. paklong hashim teman naik turun lift. takut lah jadi apa-apa. aku tanya nama pesakit 'HASSAN BIN DUN' ada? nurse ckp takda. nurse ckp 'HASSAN BIN DIN' ada. aku gagahkan diri jugak masuk, check patient sorang-sorang (mcm kawad cam la). walaupun takut, aku masuk jugak ward ICU tu, mintak kebenaran nak tengok org nama 'HASSAN BIN DIN' tu. sorang-sorang je aku time tu. rupa-rupanya itu abah!! aku ingat IC NUMBER abah. terkaku sekejap aku tengok abah. :'( dalam ward ICU tu jugak, aku jumpa doktor, nurse, bgtahu nama abah tu salah. bkn 'bin Din' tapi 'bin Dun'. terus keluar. mak dkt lobi aras 3 tunggu aku. aku lah org pertama jumpa abah. nak meleleh air mata.hmm :'( byk machine dkt bed abah. dan-dan pulak time tu aku pergi tengok abah, doktor tgah buat apa tah._. terus blarr. TAK SANGGUP!! Terus turun bawah. jumpa mak. lgpun time tu takboleh masuk ICU. bukan waktu melawat. tunggu pukul 1 ptg baru laa boleh masuk.

kali kedua aku masuk ward ICU, jumpa abah depan-depan! sedih sangat :'( abah taksedar. tapi aku baca selawat, then mengucap dkt telinga abah. lepastu dan aku cakap dgn abah "abah...kakak dgn adik minta maaf. kakak dgn adik maafkan abah walauapapun salah abah. kiteorg sayang abah :')" aku boleh pegang muka abah je. takboleh nak cium. katil tinggi dan ada tube dgn wayar wayar dkt muka abah. TAK TAHAN SEYHH! gambar tak boleh snap. DILARANG. katanya dokter nak jaga aib pesakit.

waktu melawat pukul 5 ptg-7 ptg, family ain syafiqah dtg dari Raub, Pahang. pagi tu aku inform ain, haritu jugak laa family dia dtg. kebetulan cti raya cina, Ain pun balik laa rumah. dia cuti. skrg ni dia ambik STAM dkt Kuantan. terharu :) thanks ya Ain dgn family dia dtg melawat abah :)

hari yg sama, paklong omar dgn family dia pun dtg. ramai jugak laa yg dtg tengok abah :) memang sentiasa ada org dtg nak tengok abah. tapi kena gilir-gilir masuk. ICU kannnnnn, bukan ward biasa.

haa..ni selingan.
aku paling FED UP lah dgn MAK GUARD india kt situ. apak ah kerek unta ._. jalan terkedek-kedek usong bontot. dia takbagi abg aku masuk nak jumpa abah kejap masa pukul 12 malam. abg aku siang kerja, malam lah dia boleh dtg pun..  memang laaa waktu melawat dah habis. call nurse, nurse bagi je masuk. bebuluuuu jee aku -.-'

solat isya' dkt surau, tetiba terjumpa dgn sorang makcik ni ajak tidur kt bilik khas. dkt dgn ICU. laki dia sakit. masuk ICU jugak. so, aku dgn mak tidur lah situ. yg takboleh blarr, keluar je bilik tuu, nampak laa muka MAK GUARD india tu. -.-' pekerja MAK GUARD yg kerja kt hospital tu majority kerabat dia-.-' bajeddd samseng. aku terajang bontot baru tawwww banyak lemak ke tak! hahahahaha xD