Assalamualaikum….
Disebabkan dah habis semester satu, so nak cerita lah behind
the scene cemena perit jerih menjadi student part 1 yang takpernah rasa sebelum
ni life di university. Boleh jugak bagi pengetahuan kecil-kecilan kepada
adik-adik yg bakal menjadi mahasiswa dan mahasiswi nanti. SPM pun dah tak lama
kan? (rasakan laa siang malam menela’ah buku utk jawab berapa puluh soalan je
paper objective). Nanti boleh lah get ready mental dan fizikal before masuk university.
Kehidupan masa zaman sekolah dengan kehidupan di university
totally berubah dan berbeza. First thing yang paling aku suka, boleh MAKE UP-
MAKE UP. Nak melaram pakai eyeshadow biru sampai merentasi bulu kening pun
takda orang kesah. Tapi orang akan pandang slek laa kat orang yang kaya eyeshadow
tuh (aku takpernah buat okay). Yelah korang,
kat sekolah tahan diri je nak melaram. Muka sememeh je naik pentas ambik sijil
sebab dapat markah merit tinggi. Takda nur langsung.
*aku pernah ke dapat markah merit tinggi?? Uppsss! haha
Mesti ada kan cikgu-cikgu kat sekolah cerita pengalaman
diorang masa masuk U? mesti ada lah. Aku dulu time sekolah pun ada cikgu-cikgu
cerita pengalaman diorang. MENARIK je dengar kan? Rasa macam nak terus balik
rumah, packing baju, terus pergi University yang di idam-idamkan sangat. *melampau
sangat nih. Hihihi
Engkorang taktahu sebenarnya…itu pengalaman bawah daun
pisang time hujan je. Diorang mana cerita masa tunggang terbalik dekat U. nak
bagi semangat lah kata kan. Tapi aku ni orangnya jujur. So aku nak cerita reality
sebenar di U.
Siapa kata dah masuk U semuanya MUDAH like eat peanut botak
(kacang botak) ?? Dah masuk U, semua lain lah dari zaman SPM dulu tu. Kalau korang
senasib dengan aku, masa kat sekolah aliran akaun dan kat university dapat
course GEOMATIK SCIENCE faculty of architecture planning and surveying. Ada korang
baca terkeluar bunyi ‘ACCOUNT’ ? takda kan? Haaaaa. Baru sedar yang aliran kat
sekolah tak menjamin kita akan dapat course itu di university pun.
Geomatik science ni sebenarnya jurukur tanah. Sejujurnya aku
masuk U dengan taktahu apa-apa langsung pasal course aku ni. So aku redah je
dulu. Baru satu kelas aku masuk, aku dah diserang tekanan jiwa. Lecturer explain
‘agak’ detail pasal course ni. Dah mula dah detect liku-liku yg aku akan rasa. YES!
Aku menangis dari hari pertama aku masuk U sampai ke harini. Bukan menangis
sebab rindu mak abah, rindu rumah. Menangis sebab course ni aku takminat dan
bak kata orang jawa ‘cannot go’.
*menangis
senyap-senyap je. Roommate taktahu. hihiihi
Sebulan dua belajar teori dulu pasal surveying. Lepastu akan
dibahagikan group dan 1 group dalam 5 orang macamtu. Pastu akan buat laa kerja
mengukur sama-sama. Lecturer yang dia tau task dia bagi siap, assignment
hantar..lewat sikit ZERO. Blurhh!
group macamni. tapi ni aku group lain. saje nak entepremm jugak
Stress eh baca? Okay…relax jap. Jom citer pasal u love me,I love
you.
Tipu lah kan kalau takda orang yang kita suka. Dan-dan pulak
terasa diri ni dah dewasa, mesti lah rasa nak berpakwe. Gatai ngat aih! Nak bagitau
adik-adik, dekat U raaaaaaaamai sangat jejaka-jejaka yang rupawan dan
cendiakawan, DEKAN yang boleh korang pilih nak jadikan pakwe. Antara dia suka
ke tak, tu settle sendiri lah. Takpayah laa
nak becinta dekat sekolah. Takbanyak choice. Satu tempat yang sama, bukan best.
Cari lah negeri lain, baru ada PERKEMBANGAN dalam hidup. Aicewaahh!
Aku takda pakwe pun dekat U. rasanya aku masih belum ada
rasa nak becinta. Priority sekarang belajar. Umur 21 kahwin! Yezzaaahh.
#sambungbalik
Dah laa takminat course ni, lepastu kena pulak masuk
KESATRIA NEGARA. Benda yang paling aku berusaha elak time sekolah, KAWAD. Bila dah
masuk U, aku ingat dah terselamat dari semua ni, rupa-rupanya ada KAWAD jugak.
WAJIB!
Dah lama aku stop kawad. Agak macam aneh sikit lah kawad kat U.
yang ajar semua komander dan askar pencen. So, takboleh lah nak cilut-cilut
time kawad. Hihihi. Selama 14 minggu dok ‘kirip kanan kirip kanan’…Alhamdulillah
aku boleh kawad dengan jayanya.
Semester 2 nanti In shaa Allah takmasuk dah kesatria Negara.
Cukup lah untuk semester 1 sahaja.
Aku dah laa takda basic physics. Course ni ada subject PHY
120 iaitu physics. Masa nilah lintang-pukang, tunggang-terbalik aku nak
belajar. Nasib baik masa skolah aku tak drop addmath, kalau drop addmath, lagi
lah berderai air mata sebesen. Addmath sangat diguna pakai dalam subject
MAT133. Tapi MAT133 advance sikit dari addmath. MATHEMATIC yang belajar kat
sekolah mana ada pakai pun kat U. totally addmath je diguna pakai.
Yang bestnya bila masuk U negeri yang kita takpernah pergi,
kita pergi. Terasa diri ini perantau yang berilmu. Duduk pulak sempadan siam,
haih. Duit lebih sikit je, plan dengan kawan pergi sewa kereta myvi, pastu
pergi jalan-jalan. Nak hilangkan stress kengkonon. Perlis ni boleh pusing
sehari je. Kecik. Biasanya takda laa menepek kat perlis je, mesti lepas ke Alor
setar. Dekat je. Pastu duit dah habis, duduk diam diam dalam bilik.
Asal boring sikit je duduk dalam UiTM, pergi cari teksi…”pakcik,
nak pergi cmart”. 5minit je kalau terpaksa menunggu traffic light merah ke
hijau untuk sampai ke cmart. Tambang teksi seploh ringgit. Cmart tu macam grand
union sapa yang duduk area rumah aku ni. Tapi dua tingkat laa. Kecik je. Takmacam
tesco Rawang. Tu lah tempat paling gah bagi student macam aku nih bila duduk di perantauan. Haha.
Uitm perlis sebelah dengan matrikulasi perlis. Aku selalu
bertandang ke matrik. Jalan kaki pun boleh kalau rajin lah. Tapi kalau datang matrik,
mana boleh naik sampai ke asrama diorang. Sampai depan gate je. Masuk dalam gate, duduk
depan pondok guard tu. Nyampah!
Dan aku pernah pergi matrik naik basikal je. Best! Sampai ke
café diorang aku redah. Hah…hambek! Dok pendam dalam hati geram sangat takbagi
masuk, at last dapat jugak aku melesapppkan diri dari pandangan pakgat tu. Padan
muka! Haha. Balik je bilik, lenguh habis kaki, peha betis punggung maybe otot
terkejut kot. Basikal tu gear takboleh guna. So memaksa otot bekerja keras kayuh
kuat sikit utk naik bukit. Dah laaa hujan.
ADA KENA MENGENA KE DENGAN APA YANG AKU NAK SAMPAIKAN
SEBENARNYA??
Semester 1 ni banyak benda kena settlekan sendiri. Kena buka
Student portal, kena buka i-learn, nak kena isi form apa-apa jelah. Semua online.
Masatu akan kehulu kehilir ke library. Dan itu lah saat-saat yang paling penat
dan berharga bersama classmate. Haha. Kalau boleh, phone tu biar ada intenet
selalu dan yang boleh guna whatsapp. Sebab nanti ape-apehal, semua suruh
whatsapp. Haih. Ini semua dunia semata-mata.
Kalau boleh belajar dengan kawan yang pandai subject yang
kita belajar. Senior ke…roommate yg sama course dengan kita ke. Walaupun kita
dah tahu sesuatu tu, pergi cari orang yang lebih pandai. Jangan terlalu
overconfident. Be humble.
Bulan puasa, aku pernah kena keracunan makanan. Sampai ke
hospital kangar tu hah. Dah laa sahur air susu segelas, berbuka dengan
sebungkus nasi ..alhamdulillah. kadang-kadang taksahur. Beli makanan berbuka
je, esoknya kena keracunan makanan. Lemah longlai. Takpayah nak diet time bulan
puasa. Try sahur air susu segelas, berbuka nasi putih, ayam goring dgn telur
mata. Pastu kehulur kehilir pergi kelas jalan kaki. Turun 4kg!!.
Semester pertama ni, aku belajar macam mana nak settlekan
masalah sendiri, belajar dekat library sorang-sorang, cari kawan yang pandai
satu subject, pergi hadap utk belajar apa yang takfaham, jumpa lecturer. Belajar
berjimat, belajar study sampai lewat pagi, bangun awal…mandi awal. Berjalan jauh
dengan kadar cepat sebab dah lewat pergi kelas. Pastu sahur takmakan makanan
berat, berbuka ala kadar sahaja. Bangun sahur sendiri. Yang paling Berjaya…BUAT
ASSIGNMENT MALAM..ESOK KENA HANTAR. Yeay!
Sampai sini je.
Lapar. Nak breakfast. Hihihi.
Terima kasih baca sampai habis.
Bye.