Lately muqaddimah aku mesti nak mula dari 'lama dah takhapdet blog kan?' . Halamakkkk. Mesti korang bosan kan. Okay laa.. Aku tukar laa demi nak paksa korang baca bloh kitaorg ni. Hahah
Assalamualaikum.
Waalaikumussalam warahmatullah.
Hai uolls. Entry last pada 3 may. Dan ini merupakan entry kedua dalam bulan May. Yeayyy! Korang happy tak dapat terjah lagi blog yang sangaaaaaaaaat...hahaha. Malas nak cakap. Kang ada yg muntah keluar nasi lunch semalam.
Maap laa uolls. Busy laa lately. Kena isi borang itu, borang ini. Al maklumlaa dapat IPT. Hamimah dpt matrikukasi perlis...aku dapat UiTM Arau. Pergi sekolah nak dapatkan signature pengetua yang cinonet tu tapi ramai permintaan, kena bebel dulu dengan kerani legend kat ofis.
Uolls..kitaorg tak signature kat surat benti sekolah jerr. Dia potpet potpet...aku rasa macam nak makan eskrem depan dia. HOTT!
Sebenarnya nak habaq kat hampa semua, 19 may Hamimah dah selamat 'mengabdi' kan diri di matrikulasi perlis. Sekarang ni tinggal laa aku sorang-sorang kat rumah. Sapa nak teman aku menronggeng? Sila whatsapp saya dalam kadar terpantas. No wechat no pm. Haha.
Yang sertai penghantaran Hamimah 3 orang je. Penghantaran tak dapat sambutan. Haha. Abang aku (Anwar) merangkap driver, emak and aku of course laaa ada. Memang idak lerr aku nak duduk rumah sorang sorang.
Pagi ahad bertolak dari rumahku syurgaku ke felda bersout. Makngah buat kenduri tahlil utk arwah abah dan doa selamat. Satu jee yang aku excited gilaaass kalau makngah buat kenduri dan jugak time raya pertama. Makanan macam macam! Sampai je rumah makngah, takpayah nak merenyih renyih laa...pergi je terus kt dapur. Makanan melimpah ruah. Haha. Sodapppp pulak tu. Datang dgn kelaparan, pulang dgn kekenyangan dan kegembiraan ( sebab dapat tapau lauk yang ada). Hehehe
Pukul 3pm, dah siap solat jamak. Siap siap laa nak gerak ke pulau pinang. Destinasi seterusnya rumah paklong omar. Tidur rumah paklong sebab dekat sikit laa nak pergi Arau tu. Dekat dekat pun...3 jam jugak wehh nak sampai Arau.
Sepanjang perjalanan kat highway...aku suka benti kat R&R bukit gantang. Huahua.
First time aku nampak mangga ni. Sebelum ni aku nampak mangga yg biasa je kat pasar. Lepas aku tengok mangga ni, terus aku teringat gambo yg danial send kat aku from Yemen. Dia cakap tu mangga. Aku pun bodo bodo la cakap "oh..kat Malaysia takda mangga warna merah" . Sampai tang R&R Bkt. Gantang,Perak MALAYSIA, ada buah tu. Pa citaaaaa. Patut la dia gelak bila aku cakap "takda kat Malaysia" -.-
Hah...ni lagi satu hal. Korang nampak tak signboard 'kereta sahaja' ni? Aku taktahu macam mana kepala aku boleh tersagat dengan bucu 'kereta sahaja' tu. Hantu betul! Sakit dia...Ya Robbi.. Aku rasa kulit kepala aku ni dah terkoyak uolls! Bergosok aku dalam kereta. Diam sebentar. Tahan sakit. Dah laaa hujan, ada pulak org laki kt blakang aku masatu. Malu weyy! Signboard tu tolong buang please?? Arghh!
Pukul 7am perjalanan bermula dari sg. Dua pulau pinang ke Arau, Perlis. Dalam perjalanan tu, takdalah sesat sangat pun. Sesat sekejap je nak cari highway Bkt.Kayu Hitam. Takjumpa pulak. Hehehe.
Pukul 9.15am macamtu, dah selamat sampai kat matrikulasi Perlis. Aku bukan nak sembang lebat ah kan...SERIOUSLY jauh gilaaaaa! Kepada adik adik yg ambil aliran akaun, mohon lah matrik kalau nak rasa duduk hujung malaysia. SILA MOHON MATRIK. Anda pasti dapat matrikulasi perlis. Hekhek.
Parking kereta kat padang ni. Jauh uolls weolls kena menapak nak pergi daftar. Dah laa panas. Mencurah curah peluh.
Ni kat KMP. Ni aku snap picture kat tempat takramai orang. Segann laa. Tapi kalau tengok dari jauh, subhanallah. Ramai betul manusia. Ramai gila bakal bakal akauntan. * tambahan: baru kat matrikulasi, dah ramai orang yang aku jumpa handsome handsome uolls. Belum kat uitm. eh ?? hahaha. Astaghfirullahalazimm..nawaitu dah terpesong.
Tips: kpd adik adik yg akan dapat matrik nanti tolong laaa settle kan dokumen dari rumah siap siap. Akh tengok pakcik makcik lain jadi kelam kabut sbb anak dia takda gambar passport lah, pagi tu lah baru nak pergi ambil gambar.
Dan kalau boleh, daftar online. Cepat sikit. Daftar manual, Allahu Robbi...lama gila nak tunggu. Dah laa panas. Engkorang faham faham lah kan kalau duduk bawah khemah, meriah peluh kt badan. * ni aku cerita sebab aku dah rasa time tunggu Hamimah register.
Hamimah dpt bilik tingkat 4 Blog B3 depan surau dan sebelah cafe. Wahh! Strategik uolls tempat. Dekat jugak dgn library. Tapi yg aku terkilan sikit sbb lupa nak snap picture bilik dia. Satu bilik 8 orang. Bagi aku laaa...kecik oh. -.- padat! Takpalah kan...setahun jee kt sana. Takmacam aku. 3tahun kt UiTM Arau tu haa.
Itu jee yg aku nak citer. Tunggu pulak entry pasal UiTM Arau. Coming soon! Hehe
Thanks for reading. Bye bye!
No comments:
Post a Comment