welome!!

Sunday, April 27, 2014

Helmet hitam, spek Rayben, EX5 gold

assalamualaikum...

sekian lama tak hapdet blog yang usang tetapi kecomelan tidak dapat dinafikan.
terima kasih kepada anda yang tertunggu-tunggu entry baru sehinggakan makan taklalu, tidur taklena, mandi takbersabun.. *melampau benor ni. Haha

Alasan apa eh nak bagi dekat korang supaya korang tak berduka cita lagi?
erm...kitaorang takda menda nak cerita banyak komitmen laa. Busy. kehkeh!

mungkin ramai yang taktahu Hamimah eksiden motor. berita ni tak keluar dkt TV3 sebab tak menjejaskan ambulan dan hospital pun.
mesti dalam kepala otak korang tertanya-tanya macam mana boleh eksiden kan? takpayah susah-susah nak pikir. aku cerita dari A-Z. korang relax jee.
baca blog ni dengan penuh ketenangan. kihkihkih.

Pada suatu hari, seorang budak perempuan dalam perjalanan balik ke rumahnya. pada waktu itu, hujan turun agak lebat.
*macam permulaan cerita dongeng pulak. kang ada yang tertido. -.-'

okay...
aku dah lupa Hamimah eksiden hari apa. Tapi yang pasti, tepat dan sahih dia eksiden dalam pukul 6 lebih (petang) sebab dia kerja shift malam. 6pm habis laa waktu kerja dia. pada petang tu hujan turun membasahi bumi dan nak penuhkan air di empangan selangor kebarangkalian.  tahu-tahu jelah kalau hujan, jalan LICIN. dan dan pulak bunga dekat tayar tu tak berapa nak subor.

Aku yang tengah lending dalam bilik, tiba tiba dengar suara orang datang rumah. dalam hati : "jiran sebelah punya member kot" . tetiba aku tengok Hamimah masuk bilik dengan keadaan yang agak parah. *bagi aku jelaa parah. aku cepat gelabah. haha
bukan terkejut 'opocot' dah, terkejut beruk +makyey kawwww!
tapi still dalam kategori 'cool' lagi. :D

automatik aku jadi ahli PBSM setelah beberapa bulan aku pencen. Halamakkk! *tepuk dahi.

tang muka laa yang luka. bibir darah (dan bertukar jadi anjelina joli), dahi, bawah hidung, dagu, tapak tangan, lutut kiri kanan.
*dengar mcm parah sangat ye idak? alaaa..luka baby-baby je. hihi. baby-baby pun...telan oat je yang mampu. xD

bersilat jugak aku cuci luka Hamimah. dengan tong first aid aku usung.
tahan napehh jelaa aku masa tu dgn hati yang 50% rela..50% takrela. kihkihkih.

Dalam beberapa hari tu, elok aku duduk rumah lending 24jam..dah ada kerja part time tanpa diminta.
kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah utk selama-lamanya, kasih kembar...engko tunggu aku mintak upah!!

malam tu jugak aku temu ramah Hamimah.

"kau jatuh dekat mana weh?"

"alaa..dekat loji dekat seroja tu. dekat bukit tu."

"ohh...dekat ladang tebu tu ye? hahaha"

"haah. aku dah brek awal dah, time nak kona tu ada kereta dengan motor, aku tekan brek lagi terus jatuh"

"teruk tak motor?"

"entah..aku tak tengok pun. aku jatuh terus bangun balik"

"dalam hati: bagus. ini tindakan refleks! sapa hantar kau balik? "

"kak emy. masatu takda org pun. ada kereta kak emy dgn motor org perodua."

"ooo. motor sapa yang ambil?"

"entah.. sapa tah. gigi aku rasa nak tercabut laa. gigi depan ni"

"alaaa, kebas je tu. mmg rasa nak tercabut. aku tengok kukuh je lagi"

"tapi goyang laa gigi ni."

*malas dah aku nak layan.  tahan gelak jee aku --'

banyak-banyak benda nak cium..jalan tar jugak dia mengidam. haih..=.=
malang takberbau kan? mesti ada hikmahnya :')

seminggu jugak dia MC. takpergi klinik pun ambil surat MC. seminggu cuti tolak gaji. haha.
disebabkan muka dia bercalar-balar, kerisauan melanda diri teramat sangat, terus pergi watson.

beli apa??

beli segala jenis produk yang boleh hilangkan parut. MEDERMA wajib! haha.
yes..sangat berkesan! tapi mahal sikit laa. tapi tak semahal......apa eh lagi satu jenama tu. lupa!! -.-

lepas seminggu, aku pulak laa jadi driver dia.
TRAUMA. hahaha.
aku lerr yang hantar Hamimah time pergi kerja. time balik abang ambik.

wehhh..engkorang ingat free-free je perkhidmatan aku?
berbayar weyy. sekali hantar RM2. :D
aku hantar selama 9 hari macam tu sebab 30 April last Hamimah kerja. dia nak pergi matrikulasi perlis pulak. so, dapat laa duit poket sikit. kehkehkeh!

selama 9hari tu...helmet hitam, spek rayben, motor EX5 gold.
*sebenarnya berdebar jugak nak bawak EX5. takut ada BADI. hahaha

aku takkenal orang, tapi orang kenal aku. haih. SEGAN tu ada lah jugak kan..
tapi kitaorang peduli hapa. takda masa nak control-control ayu, bawak motor macam takreti nak pulas minyak.

HIDUP KENA GAMBLE! lalala

tapi taklaju dah bawak. orang kata 'steady' jee.
TAKUT! haha :D

spek rayben bukan nak tunjuk stylo atau nak tayang ke'original'lan spek tu.
mata aku ni taktahan panas. pastu kalau ada pulak lori..berterbangan pasir pasir. kang dok terkebil kebil, takpasal pasal aku pulak yang masuk dalam ladang tebu tu.

dan aku bukan lah penunggang hantu.
ada lesen okay..

nasihat kepada gadis-gadis yang suka sangat naik motor, berwaspada lah bawak motor tu. kalau nampak selekoh yang memang bahaya, pastikan 500meter dah tekan brek ya. :D

WARNING!
MALANG TAK BERBAU. ingat. jangan nak remmm sana, remmm sini.

okay..dah habis cerita dah.. :p

Monday, April 7, 2014

Pernah ke tidak? simpan jawapan,jawab dalam hati

ASSALAMUALAIKUM..

entry kali ni untuk kita sama-sama renungkan, muhasabah diri.

Dulu,
aku pun taktahu.
aku jahil di masa lalu.
Bercinta,
rasa sweet gila bersama-sama.
suka duka sharing together.
no wonder lah makin lalai makin leka.
now, bila dah seda,
rasa bersalah. apa dulu yang kita buat semua DOSA.

saya beri 3 situasi orang bercinta.
last nanti compare dengan bercinta dengan Allah.

situasi pertama: 

orang bercinta, malam mesti call kan? bila kita tertidur, esok pagi tengok ma shaa Allah banyakkkk gilaaaa missed call,sms daripada si dia. kita jenuh gelabah nak jawab apa kat dia nanti. jenuh duk pikir ayat. kang kata tertidur sentap pulakkk kan? dia dah lah buat super savers la apa la semata-mata nak bercakap dengan kita. hmm macam mana ye?

situasi kedua:

bila kita cintakan someone, kita sanggup oiii pengabihh duit semata-mata untuk dia. topup rm5, rm10, rm30 and rm100 pun sanggup. semata-mata nak text/call/whatsapp/wechat si dia. kering poket pun takpa, demi membuktikan cintaku padamu. mari gelak :3


situasi ketiga:

bila kita ni memang sayang gileeee ler dekat dia, haa mesti duk angau kan? pantang bebenor dengar orang bercerita tentang dia, mula ler kita rasa semacam. hati berbunga-bunga. apatah lagi kalau orang bercerita tentang keindahan dan kelebihan dia depan-depan kita. Fulamakk wey, boleh tak tidur malam teman. ate duk ghenyihh soghang-soghang. Hahaha ghenyih=senyum. Betul kan?


now cuba compare dengan situasi bercinta dengan Allah.

situasi pertama:

kita sanggup kan call malam-malam?sampai bila kita tertidur pun, kita rasa takut bebenor nak ngaku pada si dia. tapi, PERNAH TAK KITA TERFIKIR? apakah aku sanggup BANGUN MALAM, semata-mata untuk ALLAH? apakah aku sanggup bangun BERTAHAJJUD mencari keedhaanNya. pernah tak kita bangun malam semata-mata untuk ALLAH selama ini? pernah ke tidak? simpan jawapan tu.


situasi kedua:

kita sanggup peghabih duit berpuluh, beratus semata-mata nak berbual dengan si dia. tapi PERNAH TAK KITA TERFIKIR? apakah aku sanggup BERSEDEKAH BERPULUH RINGGIT, BERATUS RINGGIT semata-mata untuk membantu saudara-saudara ku di JALAN ALLAH? kita selalu derma rm1, rm2? pernah tak sampai beratus? pejam mata je. JANJI untuk AMAL KEBAIKAN? pernah ke tidak? simpan jawapan tu.


situasi ketiga: 

duk angau. dengar je nama dia bergetar rasa hati. apatah lagi bila dengar orang duk puji dia depan-depan kita kan? tapi, PERNAH TAK KITA RASA/ TERFIKIR? bila ustaz/ustazah/ sesiapa sahaja MENCERITAKAN KEBAIKAN ALLAH, KEINDAHAN ALLAH, pernah tak BERGETAR HATI KITA? pernah tak kita tak tidur malam memikirkan KEKUASAAN ALLAH? pernah tak bertambah RASA CINTA KEIMANAN kita pada Allah bila mengetahui kekuasaanNya? pernah ke tidak? simpan jawapan tu.


sahabat..
aku dulu jahil sahabat.
aku juga pernah lalui ketiga-tiga situasi di atas.
dan sukar untuk aku lalui ketiga-tiga situasi di bawah.
aku juga pernah bercinta,sahabat.
namun kini, aku berjuang untuk tidak mensia-siakan masa, hati dan harta dijalan yang haram.
apa yang bakal aku katakan pada suami aku nanti, apa rasa cinta yang bersisa lagi jika semua rasa cinta itu aku dahulukan buat yang belum halal?

sahabat..
kita belum terlambat.
entry ni aku tujukan kepada sesiapa.
aku cuma rasakan aku layak memberi peringatan.
kerana apa?
kerana aku rasakan terlalu banyak status-status di facebook, twitter dari kita semua di tujukan buat yang bukan halal.

boleh berkasih. ya boleh.
Berkasih dengan Allah SWT.
nak tahu macam mana pasangan terbaik untuk kita?
tengok macam mana dia tawarkan cintanya.
mengajak kita couple atau bernikah?
jawapan kepada semua situasi tadi,kita sahaja yang tahu. simpan. muhasabah diri.
belajar cintakan Ilahi. jangan terlalu cintakan yang tidak kekal kerana takut kita kecewa nanti.

Jika rasa cinta masih muda,
kejar ilmu Allah dulu.
Masih banyak yang kita belum tahu.
Jika sudah mampu, carilah pasangan hidup yang berpegang kepada agama Allah. In shaa Allah, bahagia dunia, bahagia akhirat.

**maafkan saya jika ini membuat sesiapa terasa hati. saya rasakan saya patut memberi nasihat disini kerana saya masih belum mampu untuk memberi nasihat secara berdepan. masih selemah-lemah iman. Allahuakhbar Lailahaillah!


Saturday, March 29, 2014

Nikah Gantung

assalamualaikum..

muqaddimah kali ni dimulakan dengan gambar yang ada kaitan dengan tajuk.. ada laa sikiiiiiit. :3



apa itu nikah gantung? 

nikah gantung dalam bahasa arab disebut nikah khitbah. orang dolu-dolu panggil nikah gantung.

"pasai pa nak bergantung-gantung pulak dah? awat tak gayut teruih ja."

akak-akak,adik-adik,abang-abang semua...hampa baca dulu sampai habih naa. InsyaAllah akan terjawab. k poyo :3

sebelum panjang lebaq lagi aku tulis...korang semua perlu tahu hukum nikah gantung adalah HARUS. harus disini tak dosa kalau buat.

nikah gantung bermaksud pernikahan pasangan pengantin yang tidak duduk serumah dalam tempoh yang ditetapkan. biasanya dah buat perbincangan,persetujuan dan kata sepakat dari kedua-dua belah pihak. nikah ni paling famous dikalangan mahasiswi yang masih belajar atau menuntut.
sebab tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri diringankan dan boleh dilepaskan. 

nikah gantung ni macam perkahwinan biasa. majlis akad nikah harus mereka ikut. cuma yang membezakan hanya tanggungjawab dan syarat-syarat yang perlu mereka patuh selepas sah jadi suami isteri.

Dan kebiasaannya nikah gantung ni orang takbuat kenduri kahwin pacak 7 buah khemah arabian, berchandilier, berpelamin bunga-bunga hidup :3

nikah gantung menangguhkan 'walimatul urus'. ni bukan sebarang tangguh. kadang-kadang postpone bertahun-tahun.

**walimatul urusan 
-majlis pernikahan yang dihadiri oleh segolongan umat islam dari pengantin, wali,dan saksi perlu diishytiharkan pada masyarakat umum. dalam erti kata lain, perkahwinan ini tidak boleh dibuat secara rahsia malah mesti diberitahu kepada umum.

syarat sah nikah di dalam rukun :
- rukun perkahwinan seperti suami, isteri, wali, saksi, dan akad (ijab kabul) dan juga mas kahwin yang perlu ada untuk syarat sah nikah.

sebab-sebab nikah gantung dilakukan:
1. suami masih belum mampu menyara sepenuhnya kos sara hidup isteri seperti sewa rumah, pakaian, dan sebagainya.
2. pasangan masih lagi belajar.
3. belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami mahupun seorang isteri.

lepas settle je majlis akad nikah, kedua-dua pasangan kena balik rumah masing-masing. si suami kena balik rumah mak ayah dia, si perempuan kena balik rumah mak ayah dia.
nak memperjelaskan lagi disini, kedua-dua pasangan ni takboleh duduk serumah berdua-duaan. TAKDOSA. tapi kalau duduk serumah berdua-duaan, masing-masing kena laksanakan tanggungjawab sebagai suami isteri.

"kalau takduduk serumah, seHOTEL pulak macam mana?"

haa...sama lah tu. TIDAK boleh walaupun tanpa pengetahuan orang lain.
*kalau salah tolong tegur ye :')

jika masing-masing dah bersedia nak laksanakan tangungjawab, baru boleh tinggal bersama.

yang paling penting, kita kena tahu tujuan utama nikah gantung dilakukan. PALING utama ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan lahirnya anak luar nikah.

pasangan yang nikah gantung ni...mereka boleh jumpa, berdating, bermesra-mesra. takdosa. HALAL belaka. :)
kalau melakukan persetubuhan pun dan melahirkan anak, ia tidak salah dan tidak haram. anak mereka itu hukumnya SAH.

di sisi agama dan undang-undang kerajaan Malaysia adalah sah bagi pasangan yang melakukan nikah gantung.

sebelum tu...nak tambah lagi pengetahuan kita bersama dengan perbezaan nikah khitbah dengan nikah mut'ah.

**nikah khitbah atau nikah gantung kita dah faham. nikah mut'ah ni tak diterangkan di atas. tetapi siapa yang takponteng kelas pendidikan islam masa form5, InsyaAllah korang tahu. haha.

perkahwinan mut'ah ni merupakan perkahwinan sementara. jangka masa paling minimum ialah sehari atau semalam dan tidak ada jangka masa maksimum, terpulang kepada persetujuan dua belah pihak. ia dihalalkan pada zaman Rasulullah s.a.w dan diharamkan oleh Baginda dan Umar bin al Khattab apabila kesan perkahwinan itu amat buruk sekali ke atas umat islam. kini kebanyakkan mazhab fikah mengharamkannya kecuali mazhab syiah.

sebab apa haram?

sebab bertentangan dengan al-Quran yang menggalakkan perkahwinan berkenaan. timbul banyak masalah terutama dalam hal talak, idah, pusaka, dan sebangainya.

wallahua'alam...
andai tersalah...tolong perbetulkan. :')

budak baru belajar.

Friday, March 28, 2014

Bertunang Tanpa Pengetahuan Ibu Bapa

Assalamualaikum..

Berdasarkan tajuk entry ni kebanyakkannya bersangkut paut pada remaja-remaja. idea mengenai tajuk ni menjelma dalam kepala otak disebabkan pengalaman yang aku lalui. k cukup. :3
Meh baca dan cuba fahamkan betul-betul untuk pengetahuan kita bersama..

PINANG: 
-pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Pihak perempuan SETUJU maka jadilah perempuan itu TUNANG lelaki tersebut. SETUJU je hukumnya dah jadi TUNANG. sesiapa masuk meminang hukumnya HARAM. Kalau tak tahu tak HARAM. takpening lagi kan?? okay.. teruskan membaca.

ADAT MEMINANG:
- Bawa dulang besi,tembaga dengan rombongan cik kiah,cik peah,cik makonah dengan sirih junjung lepastu kereta berderet parking tepi jalan. ini hanya ADAT. #take note.

HUKUM ISLAM: 
-Cakap aje "I nak kawin dengan U la" ,"I nak jadikan U princess di hati I" dan apa-apa jelah ayat yang ada niat nak jadikan perempuan tu isteri dah diCOP tunang. Hukum Islam di dahulukan. Hukum adat episod lain.

Masalah BESAR sekarang ni, ibu bapa taktahu apa benda pun. anak-anak dia je yang memandai-mandai, lagu mana?

NO PROBLEM. Jadi tunang orang jugak. Kalau perempuan tu persetujuan dia SAH pada syarak, SAH jadi tunang. Kalau tak izin pada syarak, tak jadi tunang.
okay..mesti korang pening kan? sabar..sabar. nak explain lah ni :3

Perempuan yang IZIN sah pada syarak:
-perempuan yang WARAS, BALIGH, CERDIK, BOLEH BAWA DIRI.
(budak sekolah menengah, mahasiswi)

Perempuan TAK IZIN pada syarak:
-Perempuan yang berhajat kepada WALI untuk setuju baru jadi tunang.
-Perempuan yang TAK BALIGH lagi. Kalau dia jawab, TAK SAH. WALI jawab baru sah.
( ini yang budak sekolah rendah)
-perempuan dungu+bendul+selengee dan seangkatan dengannya (gila, sewel)...wali yang kena jawab. setaraf orang yang belum baligh.

siapa kata orang macam tu takda yang nak? Ada jee. make sure dua-dua sama level lah. :3

Seelok-eloknya, bawa berbincang dengan ibu bapa. kalau ibu bapa taktahu lagu mana nak dapat restu. Belum tentu yang kita rasa baik dan sesuai dengan kita mendapat GUARANTEE kekal bahagia. Jangan fikir pasangan kita sekarang tu memang jodoh kita, pilihan tepat dari kita. kalau confident sangat, berdoalah, pujuk mereka untuk terima. Jangan memandai-mandai sehingga membelakangkan mereka. Restu ibu bapa penting.

Kalau pasangan itu tahu agama, faham akan kerukunan rumahtangga, hukum hakam, syariat yang diutamakan dalam Islam, pasti dia akan minta izin berjumpa keluarga..especially mak ayah kita dahulu.

Jangan bajeddd + bangga + sombong + riak + takbur + bongkak mengaku tunang kalau mak ayah taktahu apabenda pun. PLEASE! meluat aku aih.. :3 Jangan yakin, message parents dia selalu akan diterima jadi menantu. -.-'  haha. mustahil jika apa yang dibanggakan kekal selamanya.

Biarlah dari permulaan ada persepakatan dan  yang paling AFDOL istikharah pada Pemilik yang menemukan kita dengan si dia.

seelok-eloknya anak dara mesti melibatkan wali. Kalau si pakwe 'melamar' je si awek, dah jadi tunang. pastu tup-tup bagitahu mak ayah nak kahwin. Tak ke namanya tu tempah penerajang. Kang tak pasal-pasal mak ayah korang masuk paper METRO first page pulak tu disebabkan 'TERpenerajang' anak diorang tanpa disedari. :3

Bertunang tu penting kerana dalam tempoh itu, tiada lelaki lain boleh mengganggu atau merisik untuk mengenali pasangan kita. Dalam Islam memikat atau melamar tunang orang hukumnya haram. Andainya semua umat Islam faham akan hal ni, takdanya lah tercetusnya isu rampas kekasih orang. :3

Bertunang je pun =.= . Belum nikah. so, takperlu nak bangga sangat dengan gelaran tu.

Jangan ingat dengan gelaran 'tunang' je, engko boleh buat sesuka hati. NO WAY!

Batas-batas pergaulan ada je. SILA PATUH! Jangan patuh cakap 'tunang' engko je.

**nak keluar bersama, bawa sekali mahram .
contoh: kitaorang kembar. so pergi mana-mana mesti berdua. dikira bawa Mahram lah tu. kihkihkih.
Perlu baca dan faham betul-betul. Membawa budak kecil bersama tidak dikira sebagai membawa mahram. Mahram yang dimaksudkan ialah seorang yang waras, boleh mengenal pasti hukum halal haram dan mempunyai 'power' untuk menegur.

Dah lama meredah tempoh bertunang, buatlah pilihan sama ada kita dengan si dia sesuai bersam atau tidak. Kalau dah rasa sesuai, kahwin jelah. Dan takperlu lagi nak usung kehulu kehilir mahram kita. Baru aman sentosa. :3 hahaha
Kalau rasa taksuka, putuskan tali pertunangan itu dengan baik.

Amboi....melamar sendiri pandai. Nak putus minta bantuan orang lain pulak?
Takda istilah MALU apabila berputus tunang.

Islam cukup indah! Islam dah menganjurkan kepada kita bahawa semasa bertunang, takperlu nak panggil wartawan MELODI untuk warwar kan hal pertunangan kita itu pada orang ramai. Bertunang itu lebih baik buat DIAM-DIAM (hanya pihak keluarga perempuan dengan pihak keluarga lelaki) . Takperlu pacak 7buah khemah Arabian, berchandilier, berpelamin yang dipenuhi bunga-bunga hidup :3

"sabda Nabi saw: "rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan" HR Ahmad dari Abdullah bin Zubair ra, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa' al-Ghalil

Bertunang itu ikatan PERKENALAN.Bukan KEPASTIAN.

Kalau dah kahwin, engko nak sewa bill board dekat tepi highway Rawang pun aku tak heran :3
Tayang lah gambar engko besar gedabak ha.

Tapi setakat....haih. malas nak berbicara lebih-lebih. Duit pun takpandai cari, dah nak bajedd...

Pesanan untuk sahabat: Jika belum bersedia untuk berkahwin, maka usahlah melibatkan diri dalam hal-hal percintaan seperti bercouple. kerana ia hanya akan mengundang dosa dari menghampiri pahala.

moh ler sama-sama berusaha berubah kearah kebaikan :)

Thursday, March 27, 2014

Cinta Selepas Nikah

assalamualaikum...

mesti korang pelik kan apehal tiba-tiba entry kali ni lain macam aje. mengigau ke?? oh...tidak sama sekali. cuma MENGIMPIKAN je. hahaha :3

seperti yang dah korang sedia maklum, blog naimahhamimahkembarseiras ni memang POYO. tapi nak memPOYOkan lagi dengan picture nih..


percaya atau tidak cinta selepas nikah ni....since tengok video + baca blog + tengok gambar DENA BAHRIN = terus PERCAYA 100% cinta lepas nikah. :3 bukan gatal, cinta kan FITRAH -.- hahaha

selepas apa yang berlaku, idea mencurah-curah bagaikan button pause di remote control tidak berfungsi. :D mungkin ini adalah salah satu HIKMAH. menyedarkan diri yang taksedar-sedar. haha

Bila sebut je CINTA AFTER NIKAH ni......berdas-das soalan dari kalangan remaja-remaja dulu,kini dan terussssssssssssssssssssssssss.

1. "Betul ke orang kata, cinta lepas nikah tu best?"

orang kata best, aku kata "wallahualam. belum pernah merasai. :D tetapi apa yang Allah redha konpom best laa! " cinta selepas nikah jauh dari maksiat dan zina dan jugak FITNAH MANUSIA. dan ini bermakna jauh dari murka Allah. :')

2. "macam mana pulak kalau kita tersilap pilih si dia?"

Tersilap pilih? Don't worry babe! setiap apa yang berlaku, pasti ada sebab. Tersalah pilih tu perkara biasa. Aku pun pernah alami. hahaha.
cinta adalah FITRAH setiap manusia. semua orang ada rasa suka pada seseorang. cuma kita tidak mengetahui sama ada pilihan kita betul atau salah.

Pernah dengar ISTIKHARAH??
Jangan terlalu yakin dia jodoh kau, milik kau, cinta hati kau. Jika kau tak tahu apa itu istikharah.

makna istikharah sebenarnya kita sedang meminta petunjuk kepada Allah agar diberikan petunjuk pemahaman terhadap makna ke dua dan ke tiga yang masih tersembunyi. Istikharah menjadi proses pencarian sebuah makna di sebalik yang tersembunyi. :3

"Dan hanya kepada Allah segala urusan dikembalikan" Ali Imran:109

PETUNJUK ISTIKHARAH:

"Kita tengok perempuan tu, hati terasa LAPANG. maka itu tanda jodoh yang baik. Tapi bila kita sebut nama dia, tengok gambar dia, jadi SEMPIT DADA, SERABUT FIKIRAN, maka itu petunjuk itu bukan jodoh yang baik" U.A.I

kalau kita dah tahu siapa jodoh kita, tak gempak ah. sebab tu Allah bagi kita SUPRISE. mesti kita akan cakap "lah, engko rupanya jodoh aku =.=". haha. The best ever suprise!

3. "Takda orang nak dekat saya...kenapa dan bagaimana?"

Bukan takda orang nak..ada. tapi Allah simpan dulu orang yang suka kita tu. Jangan cakap "aku takcantik, aku taklaku, aku takda orang pandang, memang tak kahwin laa aku" hey! come on laa. cuba berprasangka baik dengan Allah. Hati kita semua ni Allah yang pegang. Kalau bercinta bagai nak runtuh gua batu cave pun, belum tentu kita dengan orang tu selama-lamanya...selama-lamanya...selama-lamanya.!   *ingat tak ayat tu? haha. :D

Allah dah tetapkan jodoh kita, pukul berapa kita nikah, hari apa, umur berapa, hujan ke tidak hari tu, dan seangkatan dengannya. chill....just let time to decide it.   *memotivasikan diri sendiri jugak sebenarnya -.-'


4. "saya dah frust bercinta, sedih sangat...apa harus saya buat?"

yang ni memang ada sangkut paut dengan aku. haha :3
percaya lah cakap aku ni, engkorang stop frust-frust ni. dekat luar dari tempat engko menetap, negeri-negeri lain berlambar-lambak lagi laki yang lagi BAGUS! cuba lah sekali-sekala pergi terjah tempat lain, bukak mata besaq-besaq. kalau payah sangat nak pergi tempat jauh-jauh, engko masuk je UNIVERSITI. tunjuk aje nak yang mana. tinggi...rendah, gemok...kurus, warak...stylo. hah! macam pilih sushi jee. Takpayah nak kenang-kenang barang yang lama. HA HA HA HA=.='.Tapi awas! Hati-hati. jangan over sangat, EDUCATION FIRST. orang-orang tua habaq..kalau kita berpendidikan, cinta yang cari kita, kita takpayah cari. :3



TETAPI..................

"apabila datang kepadamu seorang laki-laki datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya maka nikahlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul keseronokan yang merata di muka bumi"
(HR Tarmizi dan Ahmad)

5."Keluarga si dia sangat berbeza dengan keluarga saya"

Lumrah manusia, yang kaya akan cari pasangan yang setaraf dengannya, yang sederhana akan cari yang setaraf dengan kesederhanaannya. Manusia...itu biasa. Tidak pernah sedar bahawa segala nikmat datangnya dari Allah.
Tetapi jika betul-betul dia faham agama, konsep memilih pasangan dalam islam...tidak kira lah anak menteri ke, anak usahawan terlebih berjaya ke, anak owner KLCC sekalipun dia akan pilih yang Allah redha. Agama diutamakan.

Biasanya emak kita yang over nak macam itu, nak macam ini. Ayah steady jee, ye dok? takpernah sedar diri yang ayah adalah wali bukan mak kita.
Jika kita mencari keredhaan semua manusia, kita akan menjadi tua dalam pencarian itu.

untuk mengetahui apakah insan yang kita sayangi itu adalah yang terbaik ataupun tidak, lihatlah apakah ketika bersamanya kita menjadi semakin baik atau tidak.

cinta yang sebenarnya adalah ingin bersama ke SyurgaNya, maka apa-apa yang membawa ke nerakaNya itu bukanlah cinta namanya.

PERCINTAAN HALAL ITU JAUH LEBIH INDAH!

terima kasih. :)
maaf andai lari dari tajuk. hahaha

Wednesday, March 26, 2014

Bercuti: Raub,Pahang

Assalamualaikum...

hi uollsss..
cuti sekolah tak pergi mana-mana ke? alaaa, jangan laa marah. tanya jepun-.- . nak bagitahu uols kitaorang pergi Pahang. Ini untuk pengetahuan am korang pasal kitaorang jelaa. kikiki.
excited sangat eh? okay... =.=' *cuba untuk kurangkan keEXCITEDdan ini.

plan nak pergi pahang ni dah lama dah. tapi tunggu ain syafiqah cuti lah. so, plan punya plan....hari selasa dan rabu SAH menjadi hari percutian kitaorang. bukan hari SAH jadi bini orang k.
hari selasa bermulalah perjalanan ke Raub,Pahang menaiki jentera awam, Mara Liner Bus.
SERIOUSLY driver bus ni memang GILA STERENG. sekali dia kona, kitaorang yang tengah tidur ni automatik tangan cari pemegang dekat kerusi. =.=' kepala takboleh parking dekat tepi cermin, kena tongkat guna tangan. kang..elok kepala bulat, jadi bersegi pulak. memang DASYAT driver bus tu. kl-bentong = 58 mins. ape segala kenderaan driver bus tu hon. nak cepat laa katakan.. Jentera awam tu pun meneruskan perjalanan ke Raub. perhentian terakhir. Alhamdulillah pukul 2.20pm sampai di Raub,Pahang. total masa perjalanan KL-Raub= 1hour20mins.

nak menunggu mini bus ke krau lambat lagi. pukul 3.30pm baru jentera klasik tu gerak. so, kitaorang solat dulu di masjid raub. jamak sekali.
Ain dah masak for lunch, so makan dekat rumah dia jelah...
naik bus sama-sama dengan adik ain. adik dia keluar jugak haritu. cabut gigi. haha
Alhamdulillah pukul 4pm something selamat mendarat di rumah ain.

dah siap-siap membersihkan badan, petang tu kitaorang dengan ain menapak ke gerai cendol wak jijannnnnnnn. haha.
menitik jugak peluh.-.-' panas kawwwww.


ni haa rupa tokey cendol. kawan lama. Nak minta diskaun 20sen pun berpeluh-peluh merayu. hahaha. gurau k jijan. nama je tokey CENDOL, tapi bukan hanya cendol je, macam-macam lagi makanan yang ada. tapi ABC dia sedap dan murah. SEROIUSLY just RM1.20 for a bowl !! ABC special lupa pulak nak tanya harga. hehe.

hah, kuehtiaw dia pun sedap. tapi bukan tokey cendol ni masak, orang lain masak. kalau si jijan ni masak, aku rasa takrupa kuehtiaw dah. kalau nak rasa KESEDAPAN makanan yang ada dekat gerai wak jijan ni, boleh laa tanya dia macam mana nak TERJAH gerai cute dia tuu. ADD FRIEND FB- Azizan Samsuri. *jijan...kitaorang promote kau ni. lepasni, FREE jelah apa-apa yang kitaorang order ye.

yang pakai tudung hitam tu lah ain syafiqah. 
bukan setahun timun kenal dia, dari sekolah tadika sampai lah sekarang. kawan baik nih..

perut dah kenyang, kerusi pun dah macam taksudi nak suruh duduk lama-lama lagi dekat situ, apa lagi buat plan seterusnya lah. nak TERJAH rumah shahratul atiqah a.k.a Atul. bestfriend jugak. kali ni tak menapak dah laa. MEREMPIT pulak laa naik motor. 
rasanya kalau menapak dari kedai jijan ke rumah atul...orang azan maghrib pun kitaorang taksampai rumah atul lagi. -.-' dah laa sepanjang jalan nak ke rumah ain tu di LANDSKAP kan dengan pokok pisang. pernah dengar pokok pisang favorite place hantu? taksure lah cerita dongeng ke apa ke. 

before azan maghrib dah sampai balik rumah ain. hihi. :D 
hah, thanks for faiz pinjamkan motor untuk hamimah. takkan laa nak naik motor ain bertiga. ye dok? tak ke sakai namanya-.- kalau jenis jelo kecik kecik takpa, ini...baru 2 orang naik, dah full seat. mari gelak=.=' 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
second day..

plan yang sebenar pagi tu nak pergi rumah atul dengan mimi. nak lepak-lepak. tapi plan dah tersasar jauh. lepas breakfast je, ain text atul then ajak lepak-lepak raub. kitaorang nak balik pukul 3pm. malas nak balik awal-awal. *sebenarnya memang taknak balik lagi-.-' 

kabut laa mandi-mandi, iron baju pagi tuu. 8.20am plan, pukul 9am dah terpacak dekat bus stop. nampak tak keEXPRESSsan kami disitu? bukan apa, dulu kitaorang tunggu bus, kena tinggal dengan uncle cina tu. kali ni awal 30mins kitaorang tunggu. YESSSSSS! no more terlepas jentera klasik tu lagi. lalala. 

dah kitaorang naik bus,hamimah jerit  "atul!". yang si ain pulak pergi selongkar beg. cari atul ke ain?? weh, atul depan bus tu haa. patutlaa uncle bus tu tak gerak lagi. rupanya mak atul benti motor depan kepala jentera klasik tu. hah, nasib baik atul datang on time, kalau tak engko tunggu laa bus tu tawaf 1 krau. haha

dah sampai Raub, kitaorang menapak ke KFC tu hah. nak buat kad bank ain. dah laa panas kawwww, kena lalu dua petrol pam. nasib tak terbakar-.-' yang aku(naimah) dah rasa macam dekat MESIR dah. dengan jubahnya. yes! we are HOT. we meant weather. -.-'
sapa yang pernah pergi raub tu, tahu lah berapa KILOMETER kitaorang menapak dari bus station lama to KFC. lepastu menapak balik nak pergi MARRYBROWN. perhh! 

don't judge our choice without understanding our reason.

REASONnya nak dapatkan dua biji kepala chipmunk tu jee-.-'
marrybrown dekat dengan bus station. kitaorang nak beli ticket, so alang-alang lepak situ lah. then dekat dengan masjid. 

mintak tolong abang lembut tangkapkan gambar kitaorang. :) thanks abang lembut. sangat spoting!


okay.. gambar bawah sebelah kiri tu masa dalam jentera klasik(mini bus). hihi. 


yang ni masing-masing selfie. 

dah lama sangat dekat marrybrown tu, kitaorang bergerak pulak ke masjid. nak baring-baring. 
solat zuhur terus. then nak pergi RESTHOUSE. lepak situ pulak sebelum kitaorang berangkat meninggalkan Raub.. :)


sebelum solat. haha. apa salahnya kan menggedik sekejap..

after done solat zuhur. muka sapa terpampang tu, dia lah yang pegang camera. haha
tudung biru tu lah Atul. :p 

lepas solat, ain tunggu abang angkat dia. diorang pun solat jugak dekat masjid tu. aku dah prasan dulu dah kewujudan mereka dekat situ. tapi takkenal kan.. so, buat tengin jelah. sebenarnya mata aku( naimah) dah attack dekat orang pakai baju belang-belang tu-.-' tapi kalau nak ikutkan logik akal nih, siapalah aku untuk dia pandang balik. hahaha. 
rupa-rupanya laki tu kawan abang angkat ain. ouch! *rasa nak pengsan

jumpa diorang balik dekat resthouse. tetiba ain cakap diorang ajak makan. cakap lah awal-awal. takde nya lah aku nak mendaki bukit tu dengan bawak beg besar+berat gedabak ha-.- 
disebabkan dah dahaga punya pasal, ikut jelaaa. janji FREE. 

lepas makan, mendaki balik bukit tu. nampak tak, nak menambah bengkak urat betis nih? 
nak aplod gambar yang......ouch! hihihi


korang semua jangan menjerit. biar kitaorang je k. taktahu lah pulak nama dia apa.hihi. tapi number talipon dah ada. ain dan atul mohon jangan jealous k. 
thanks for ain snapkan picture ni, and thanks for atul usha kitaorang. hahah. and sorry for abang angkat ain sebab dihalang untuk bergambar bersama. :p

masa ni last jumpa korang semua. thanks ye layan kitaorang baik gila, dan spoting gila. :)
InsyaAllah panjang umur jumpa lagi. 


Kami selamat sampai rumah malam tu. betul-betul  kaki pijak lantai  rumah jam 8.20pm. 
tidur awal malam tu. habis urat betis bengkak, sakit,sakit badan. mari gelak. 

terima kasih sudi baca sampai habis. 
bye.

Thursday, March 20, 2014

Geng tepi pintu,Belakang kelas

assalamualaikum..

sebelum meneruskan hujah-hujah aku, aku nak mengUPLOAD satu gambar. dupdap...dupdap..dupdap...


apesal kelabu asap ni gambar?? hah... ni lah salah satu cara aku nak cover muka masing-masing. haha.
semua ni barisan ahli-ahli bersatu 'geng tepi pintu, belakang kelas'. hahaha.
ahli tetap : adina adlin, sharifah, naimah, hamimah. 4 orang jee.

20 march 2014 ialah tarikh KERAMAT bagi kitaorang sebab harini keputusan SPM keluar!
semua ahli-ahli bersatu tak BREAKFAST uollsss! getaq nak tau result punya pasai. semua stok stok sakit perut je pagi tadi. hahaha.

pukul 11.30 a.m semua calon-calon SPM berkumpul dekat dewan. pengetua dah berucap, dan tiba lah masa yang MENGGERUNKAN semua orang ang ada dalam dewan. masa tu kitaorang macam pasrah je. hihi.

DAN.......................
nama pelajar pertama yang disebut adalah........................................
SITI NURUL NAIMAH BINTI HASSAN!!!
Ya Allah! terkejut uolssss. terus aku macam histeria. yelah kan.....memang dah habis pasrah dah. tak target apa-apa pun. ALHAMDULILLAH! TERIMA KASIH YA ALLAH! :'(

aku dapat 5A- 2B+ 1C 1D
A- : pendidikan agama islam
    : sejarah
    : math
    : science
    : prinsip perakaunan
B+: Bahasa malaysia (padahal karangan berjela-jela dah panjangnya-.-)
    : ekonomi asas
C : Bahasa inggeris (Alhamdulillah.. walaupun aku banyak merepek)
D: addmath!!!!!!!!!!!

LCCI-5.

taklama tu... nama adina pulak. dapat 6A. Sharifah dah cuak nama dia taksebut sebut lagi. rupa-rupanya senarai nama 7A ada nama dia. Alhamdulillah :)

tetapi hamimah....rezeki dia dapat 1A- 4B+ 2B 1C 1E. A lhamdulillah LULUS.
apa-apa pun yang paling penting ini.............

'Allah dah merancang untuk kita. kita juga merancang tetapi rancangan Allah lebih baik untuk kita dan pasti ada hikmahNya.'    betul kan?

kalau sebelum dapat result, kita yakin Allah ada untuk kabulkan doa kita. dan lepas dapat result, kita kena yakin Allah ada untuk kita luahkan segala kesedihan kita dan terima dengan hati yang tenang.
Allah Maha Mengetahui :')

dikesempatan ini ahli-ahli 'geng tepi pintu, belakang kelas' nak ucapkan terima kasih kepada cikgu-cikgu yang ajar kami takjemu-jemu walaupun banyak kali takdapat tunaikan target cikgu. hihihi.

cikgu yang rajin buat kelas tambahan, cikgu sha'ran, yang sentiasa takjemu-jemu bagi latihan walaupun sering kali kami tertinggal latihan yang beliau beri di rumah. haha.

dan kepada cikgu norzidah, akhirnya kami dapat LCCI !! walaupun penyebab UTAMA kami stress adalah akaun, tapi kami dapat capai kejayaan jugak sebab adanya keikhlasan belajar :')

cikgu maznah bachok adalah cikgu PEMBAKAR SEMANGAT tanpa henti. Alhamdulillah science kami CEMERLANG!!

kepada cikgu-cikgu yang tak mention nama dalam blog ni jangan terasa hati ye :') kami sangat sangat berterima kasih sebab letakkan target pada 'geng tepi pintu, belakang kelas'. kami harap keputusan yang kami dapat ini menggembirakan hati cikgu semua.

TAHNIAH STUDENT 5 AMANAH!