welome!!

Tuesday, May 12, 2015

Minah Scooter

Assalamualaikum..

Semalam motor scooter yang aku nak sangat dah sampai. Sebenarnya aku request motor ego s je sebab senang laa nak pergi kelas, pergi cmart (takperlu dah laa aku menunggu teksi yang mahal tu dah), pergi masjid (kan dah nak ramadhan.. Alhamdulillah) dan yang paling penting pergi site (mengukur) kena bawak alat berat-berat kan.
Bukan saja-saja mintak nak motor..tapi aku rasa penaaaaaaat gila jalan kaki pergi site. Orang lain datang uitm makin berkilo-kilo naik, yang aku ni…seluar tu rasa nak jahit.kan ada jenis seluar yang takboleh pakai tali pinggang kan. Paraaah! Ada yang nak kata aku ngada-ngada lantak engkorang lah. Boleh kata jauh jugak jalan kaki. Pastu bila tertinggal barang seksa gila nak balik bilik ambik. Dah rasa sendiri baru kau terngiang-ngiang apa aku kata ni. kekeke

ni lah motor iolss. hehehe.

Cadangnya masuk semester 3 ni nak bawak motor terus lah. Sebab sem 3 baru boleh bawak kenderaan sendiri. Kira ni dah senior laa (budak lepasan spm dah nak masuk ni. Hahaha). Kejap jee masa berlalu. Rasa macam bulan lepas baru kena MDS. Hahaha. Haaa adik-adik, merasa lah engkorang semua jalan kaki selama dua sem. Kalau berdesup kakak lalu sebelah mintak maaf laa. Aku bukan apa, aku dah lama pendam perasaan geram student lain berdesup sebelah aku. Aku ni terkedek kedek jalan kaki. Dah laa pergi lambat. Pakai pulak baju kurung kain lipat batik dengan kainnya boleh luas selangkah je. Macam bangang je jalan masa tu dengan kena lalu sebelah kolej (asrama) lelaki.
Sebabtu aku tekad sangat nak bawak motor. Kekeke.

Cuti sem ni, abang aku tolong laa usha-usha motor untuk aku. Ikutkan hati kalau diberi kepercayaan dekat aku utk pergi cari sendiri motor, nak jee aku terjah kedai “hanya perlu rm1 untuk muka. GST kami bayar”. Hahahahahahaha.
Masa pergi Bandar nak cari kasut aku, aku pergi lah kan dengan mak dan abang aku. Sampai satu traffic light ni, abang aku berenti sebab merah. Depan tu ada satu billboard motor syamsul dengan safi Sali. Aku taktahu lah motor apa nama.

Mak : kakak, tu motor tu cantik.
Abang : tu motor merepek je.
Mak : apa merepek je. Okay apa.
Abang : kalau iklan motor buat kt billboard, tu maknanya motor taklaku.

Hahahaha. bodo betul. Suketi dia je. Abang aku ni cakap memang selamber dia je.

Aku akur je (sebab dia yang nak bayarkan half duit motor aku. Kekeke)

 Abang aku dah usha, so dia cakap ada satu kedai ni kalau nak motor scooter kena tempah seminggu. Dia ambik dari kilang. So takpalah. Aku okaykan ajee sebab aku taktahu pasal motor. Abang abang aku ni bab motor takyah cakap lah kan. memang ‘agak’ hebat laa. Pomen sana pomen sini. Tapi takda lah stye yang tinggal rangka motor je. Haha.
Hari isnin dia whatsapp dia cakap motor dah tempah. Esok sampai. Terasa macam surprise je. Kekeke. Aku yakin abang aku takkan beli motor Honda icon or Honda spacy or Suzuki. Taste dia ego je even yang nak guna aku ni haa. T-T

Dia balik rumah baru aku tanya “kau beli motor apa? Kaler apa?”. “motor ego Lc kaler hitam”. “Ohmaigaaadd! Mahal lah. Apesal tak ambik ego s je?”.”sama je harga”. Fine~ so semalam sampai. Biasanya beli motor dapat helmet. “weh, mana helmet?” “buat apa helmet. Belambak kt rumah. Aku ambil lock.pakai helmet buruk buruk je. Nanti hilang”. Okay..sebab pernah jadi helmet abg aku belikan dekat aku masa bawak motor pergi skolah, taksampai seminggu kena rembat. Hampehhh!

Petang tuu…berdoa supaya hujan segera berhenti dan sambung malam pulak. Punya lah nak naik motor baru. Hahaha. Berapa round pusing taman setelah hampir sebulan takkeluar rumah petang-petang. Lepas ronder ronder dengan adik, balik rumah angkut nephew. Ronder ronder…balik rumah balik.pastu pergi kedai…balik rumah. Pastu bawak lagi sekali nephews (abang and adik). 4 orang sekali gus naik motor. Phewww. Macam bangang jee ronder ronder taman kemain banyak kali dengan bawak nephews takmandi lepas bangun tidur. Kahkahkah!

Malam tu aku usha-usha helmet yang ada. Aku decide aku nak bawak helmet yang vaizerrrr dia ada tinted. boleh laa cover malu kot kot ketaq first time bawak motor dalam uitm. Hahahaha. eh tak.. main-main je. :p
Satu satunya harta aku ada. Scooter ego Lc 125. BNF 794*


Terima kasih mak abang-abang.
Terima kasih

-kakak naimah-

No comments:

Post a Comment