welome!!

Thursday, April 16, 2015

Ticket Murah. yeayyy!





Assalamualaikum..

Nampaknya setahun dua kali je la post entri baru. Nak kata busy, memang busy sangat. Banyak nak digossipkan, tapi yelah kan intenet pun takda..nak type pun takda masa. Sabar jelah nak oi.

Kalini FREE ya amat, ya ampuuunnn. Tu yang berjuta-juta masa ada nak menaip bagi engkorang baca. Baru cuti sem. Semalam sampai rumah (saja je kome nak kabo. Ekekeke)
Semalam balik naik flight, first time lah balik guna pengangkutan terapung balik cuti sem. Sem lepas balik naik train jeee. Mesti korang cakap “ wuuuuu,kaya boleh lah. Dalam Malaysia pun nak naik kapal terbang.” Nak kata kaya tu taklah, biasa biasa je. Loceng dekat gate rumah pun takda. Nak masuk guna kata rahsia je “assalamualaikum”. Tapi kena kuat kuat sikit lah ye. Hahahahahaha.

Mahal ke? Berapa?
Takmahal lah, ticket bus lagi mahal. Mesti takcaya enn? Iya beb. Buat apa nak menipu. Kang tak pasal-pasal aku masuk berita “ malindo 1505 telah….”. hah taknak sebut. Astaghfirullahalazimm! Nasib dah selamat sampai. Alhamdulillah..
Rm 38 je seorang. Tapi korang kena tahu, tu offer je. Kena book awal. Sebulan awal aku book. Lepasni kalau ada kawan-kawan yang kengkonon ‘abroad’ sangat tuuu…tu mesti ticket offer. Muahahaha. Tapi okay lah kan boleh eksen sikit dgn orang balik naik bus ke, train ke. Kan kan?
Masatu tengah lepak-lepak kat bilik dengan roommates,jiran semua..tetiba ada yang cakap ticket flight tengah murah. So apa lagi, cepat cepat lah online tengok harga ticket. Malindo je. Malindo pun malindo lah. Janji sejam je dah sampai subang. Daripada naik train 10 jam tu.
Nak sangat duduk tepi tingkap, siap book ticket pilih tempat duduk tuh. Ingatkan macam bus ke, train ke boleh pilih pilih, tapi harga sama. Tapi ni pilih makin naik harga. Hahahaha. at last tunggu 15 minit benda tu akan terbatal sendiri. Fuhhhh! Nasib baik. Tapi nak kata rezeki kan, book ticket lagi sekali tanpa pilih, dapat tepi tingkap jugeeeee.. Masa tu dalam kepala otak “ okay lepasti aku jadi dak-dak #vsco laa. Awan kepul-kepul, Nampak sayap kapal terbang. Wuuuuu”
Ticket 3.50 petang. Dah laa balik 2 hari lepas paper habis. Pastu balik pulak petang. Masa tu erti penyesalan betul betul menghantui diri. Yelah kan. Kau taksabar nak balik, lepastu boleh pulak masa book ticket dengan senang hati book 2 hari lepas habis paper. Perantau  apa macam ni?? Mungkin sebab surveyor kot, penentuan cuaca tu penting. Okay takda kena mengena.
Masa tu lorong bilik tu sunyi sepi. Pasang lagu volume yang sama dengan sebelum ni pun boleh dengar dari toilet tu. Hah, banyangkan lah. Cuak jugak.
Masa hari nak balik tu, gerak awal. 10 pagi dah gerak naik van ummul. Sapa yang pernah study dekat uitm perlis tapi tak pernah naik natang tu jangan lah cakap aku kelentong. Van tu baru jewujud zaman aku. Murahh! Laju pun laju. Duduk belakang sekali bukak tingkap luas-luas. Wahhh! Besnyaaa naik van. Tolong laa banyak lagi traffic light. Taknak sampai alor setar cepat sangat. Kekekeke.

Takda lah sampai sejam dari uitm ke airport. Kan aku dah cakap…van tu lajuuuuu. Mungkin abang tu gabra kot bawak awek-awek kapal terbang ni nak balik. Hahahaha. tengok tengok dah sampai dah airport. Gumbiraaaaa! Ingat ramai sangat macam kat airport subang yang jem tu. Ghupenyeee, cmart lagi meriah. Hahahhahaha.


Lama tunggu. Dari pukul 11. Boarding time 3.20 ptg. Masa dah pukul 3 petang, semangat dah nak baggage screen semua tu. Tetiba dengar flight kitaorang DELAY. 4.15 petang baru flight berlepas. 5.20 ptg dah sampai. Masa kat atas tadi aku bagitahu aku dapat seat tepi tingkap kan? Bila dah masuk, orang duduk kat situ dah. Menyirap aku. Dak-dak #vsco punahhhhh. Silap seat aku tu memang nasib je dapat tepi tingkap. Takpaa.

Aku tengok fatin, senyum lagi. Tengok timah…steady jugak. Tengok kuya? Bertafakur habissssssss babe! Mata tutup, senyap. Tak jenguk jenguk pun kat tingkap sepanjang dalam flight. Jenguk masa nak naik je. Haihh geram pulak aku nengok. Masa naik tu…tetiba pilot cakap cuaca diramalkan kurang baik. Sila pakai seat belt. Berderau jantung ni. Dah laa macam macam dengar sebelum ni.  Cool…cool. Dah lama sikit, okay balik. “nasib baik laa aku tak study kat oversea yang kena naik berjam-jam. Takpaa..sejam jee, sejam.”
Masa dalam kereta, kuya whatsapp dia cakap dia pening. Patut lah dia diam jee. Mabok eh? Kikikiki.
Takpa. Sejam jee.

Sekarang semua dah selamat sampai. Next time naik lagi. Hahhaha.
Selamat bercuti.

Bye bye. 

7 comments:

  1. X pernah lagi merasa naik flight 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try lah dari pineng. Murah. Naik malindo je. Haha

      Delete
    2. Xda kawan la nk naik flight. Haha

      Delete
  2. Nak tanya van ummul tu dia boleh ke bawak traveller ke jeti kuala perlis ?

    ReplyDelete
  3. Nak tanya van ummul tu dia boleh ke bawak traveller ke jeti kuala perlis ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Satu perlis dia boleh bawak. Lagi ramai lagi murah

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete