welome!!

Tuesday, October 28, 2014

KEK BATIK

Assalamualaikum..

duduk rumah taktahu nak buat menda. Nak kerja, cuti 6minggu je. Tah orang nak ke tak ambil kerja. Nak kerja dekat company yang kakak  aku kerja, memang tak laa. Bak kata orang jawa ‘too mainstream’.  Apesal asik jawa je nih??
Dah niat lama dah balik rumah nak buat kek. Kek apa? Kek paling senang trantangtang nak buat. KEK BATIK. Takperlu nak masuk oven. Aku bukan apa…bab-bab avon oven ni aku tarik diri dulu. Bila sekali hangit, memang trauma dia memakan masa nak hilang.
Al kisahnya…aku beli donut big apple kat midvalley. Pastu tapau sikit bawak balik. Esok pagi tu nak makan. Tapi sejuk sebab letak dalam peti ais. sebenarnya donut big apple takkeras macam donut lain kalau letak dalam peti ais. Tapi nak dijadikan ‘sebab’… kenapa tah aku termengada nak makan panas-panas. Ni adik beradik oven laa. Microwave. Microwave tu dah lama dah kat rumah. Tapi first time aku guna. Tak reti ejas-ejas suhu. Aku bedalnya pusing paling panas. Masuk sekali kotak big apple dalam tu. Seronok tengok kotak berpusing-pusing dalam microwave. Dengan lampu oren dalam tu. Wow! Meriah. Sambil memerhati…aku pelik apesal lah donut aku makin leper, coklat atas donut tu melebuq. Bau lain macam dah menusuk hidung. Ghuper-ghupernyeeeeeee, HANGIT!. Habis 3 biji donut aku. Langsung takdpat makan.
Muqaddimah yang terlalu panjang. Maap!

KEK BATIK
BAHAN-BAHAN:


-biskut marie
-susu tin (susu tin yg aku guna tu takmanis kalau letak 1 tin. Kalau korang nak guna susu tin F&N ke, make sure guna setengah tin sahaja okay)
-serbuk koko 2 sudu
-milo 3 sudu
-buttercup (kalau beli 500g, kerat lah dua ye. Sebab nak buat kek batik hanya guna 250g)

Kenapa guna buttercup? Takboleh ke guna margerin?
Okay…pada aku, buttercup lebih sedap dan terasa macam bersusu berkrim daripada margerin.

Bahan-bahan tambahan:


-kuali/periuk
-sudip
-air sedikit (kot kot terpekat sangat ke. Air juga perlu sikit untuk bagi kek tu terasa lembut)

Cara-cara nak buat:
1. masukkan buttercup dalam kuali. Biar sampai butter tu cair sepenuhnya dalam kuali.
2. masukkan koko+milo tadi sedikit demi sedikit. Kacauuuuuuuu. Kalau tak kacauuu dia akan jadi berketul-ketul. Berketul-ketul ni sangat dielakkan dalam pembuatan kek batik ni.
Aku sambil kacau baca selawat. Niat jangan berketul-ketul. Hihihi.
3. lepas semua koko+milo habis masuk dalam kuali, kacauuuu je. Api tu perlahan. Jangan over sangat. Kang pahit kang rasa kek batik korang disebabkan hangit. Lepas tu, masukkan susu tin. Kacauuuuu lagi. Sambil-sambil tu try lah rasa coklat tu lepas bubuh susu. Kot-kot manis sangat ke, korang tambah air sikit.
4. dah mendidih coklat tu, masukkanlah biskut marie. Hancur-hancurkan dulu biskut tu. Pastu mandikan biskut tu dengan coklat. Biar semua kena dan serata.
5. kalau rasa dah puas hati…tutup api. Dan masukkanlah dalam bekas. Tunggu sejuk sikit, masukkan dalam peti ais 2-3 jam.

Siap!
Senang kan? Sebabtu aku suka buat. 2 hari je licin kek batik aku. Hehehe.
Ada orang buat letak telur. Tapi aku risau nak letak telur. Kang jadi lain macam kanggg. Hihihi.
Biarlah kek batik aku ni yang asli jee.

Mana gambar kek batik dah siap??
Malu laa nak tunjuk. Hitam melengi lah kakak aku cakap.
Ohh..lupa nak pesan, serbuk koko+milo ikut kesukaan korang lah nak letak banyak mana.


Selamat mencuba! 

1 comment:

  1. Naimah..cube buat kek lapis Sarawak. Haha..fun to do,fun to taste.

    #stefaN

    ReplyDelete