welome!!

Thursday, March 27, 2014

Cinta Selepas Nikah

assalamualaikum...

mesti korang pelik kan apehal tiba-tiba entry kali ni lain macam aje. mengigau ke?? oh...tidak sama sekali. cuma MENGIMPIKAN je. hahaha :3

seperti yang dah korang sedia maklum, blog naimahhamimahkembarseiras ni memang POYO. tapi nak memPOYOkan lagi dengan picture nih..


percaya atau tidak cinta selepas nikah ni....since tengok video + baca blog + tengok gambar DENA BAHRIN = terus PERCAYA 100% cinta lepas nikah. :3 bukan gatal, cinta kan FITRAH -.- hahaha

selepas apa yang berlaku, idea mencurah-curah bagaikan button pause di remote control tidak berfungsi. :D mungkin ini adalah salah satu HIKMAH. menyedarkan diri yang taksedar-sedar. haha

Bila sebut je CINTA AFTER NIKAH ni......berdas-das soalan dari kalangan remaja-remaja dulu,kini dan terussssssssssssssssssssssssss.

1. "Betul ke orang kata, cinta lepas nikah tu best?"

orang kata best, aku kata "wallahualam. belum pernah merasai. :D tetapi apa yang Allah redha konpom best laa! " cinta selepas nikah jauh dari maksiat dan zina dan jugak FITNAH MANUSIA. dan ini bermakna jauh dari murka Allah. :')

2. "macam mana pulak kalau kita tersilap pilih si dia?"

Tersilap pilih? Don't worry babe! setiap apa yang berlaku, pasti ada sebab. Tersalah pilih tu perkara biasa. Aku pun pernah alami. hahaha.
cinta adalah FITRAH setiap manusia. semua orang ada rasa suka pada seseorang. cuma kita tidak mengetahui sama ada pilihan kita betul atau salah.

Pernah dengar ISTIKHARAH??
Jangan terlalu yakin dia jodoh kau, milik kau, cinta hati kau. Jika kau tak tahu apa itu istikharah.

makna istikharah sebenarnya kita sedang meminta petunjuk kepada Allah agar diberikan petunjuk pemahaman terhadap makna ke dua dan ke tiga yang masih tersembunyi. Istikharah menjadi proses pencarian sebuah makna di sebalik yang tersembunyi. :3

"Dan hanya kepada Allah segala urusan dikembalikan" Ali Imran:109

PETUNJUK ISTIKHARAH:

"Kita tengok perempuan tu, hati terasa LAPANG. maka itu tanda jodoh yang baik. Tapi bila kita sebut nama dia, tengok gambar dia, jadi SEMPIT DADA, SERABUT FIKIRAN, maka itu petunjuk itu bukan jodoh yang baik" U.A.I

kalau kita dah tahu siapa jodoh kita, tak gempak ah. sebab tu Allah bagi kita SUPRISE. mesti kita akan cakap "lah, engko rupanya jodoh aku =.=". haha. The best ever suprise!

3. "Takda orang nak dekat saya...kenapa dan bagaimana?"

Bukan takda orang nak..ada. tapi Allah simpan dulu orang yang suka kita tu. Jangan cakap "aku takcantik, aku taklaku, aku takda orang pandang, memang tak kahwin laa aku" hey! come on laa. cuba berprasangka baik dengan Allah. Hati kita semua ni Allah yang pegang. Kalau bercinta bagai nak runtuh gua batu cave pun, belum tentu kita dengan orang tu selama-lamanya...selama-lamanya...selama-lamanya.!   *ingat tak ayat tu? haha. :D

Allah dah tetapkan jodoh kita, pukul berapa kita nikah, hari apa, umur berapa, hujan ke tidak hari tu, dan seangkatan dengannya. chill....just let time to decide it.   *memotivasikan diri sendiri jugak sebenarnya -.-'


4. "saya dah frust bercinta, sedih sangat...apa harus saya buat?"

yang ni memang ada sangkut paut dengan aku. haha :3
percaya lah cakap aku ni, engkorang stop frust-frust ni. dekat luar dari tempat engko menetap, negeri-negeri lain berlambar-lambak lagi laki yang lagi BAGUS! cuba lah sekali-sekala pergi terjah tempat lain, bukak mata besaq-besaq. kalau payah sangat nak pergi tempat jauh-jauh, engko masuk je UNIVERSITI. tunjuk aje nak yang mana. tinggi...rendah, gemok...kurus, warak...stylo. hah! macam pilih sushi jee. Takpayah nak kenang-kenang barang yang lama. HA HA HA HA=.='.Tapi awas! Hati-hati. jangan over sangat, EDUCATION FIRST. orang-orang tua habaq..kalau kita berpendidikan, cinta yang cari kita, kita takpayah cari. :3



TETAPI..................

"apabila datang kepadamu seorang laki-laki datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya maka nikahlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul keseronokan yang merata di muka bumi"
(HR Tarmizi dan Ahmad)

5."Keluarga si dia sangat berbeza dengan keluarga saya"

Lumrah manusia, yang kaya akan cari pasangan yang setaraf dengannya, yang sederhana akan cari yang setaraf dengan kesederhanaannya. Manusia...itu biasa. Tidak pernah sedar bahawa segala nikmat datangnya dari Allah.
Tetapi jika betul-betul dia faham agama, konsep memilih pasangan dalam islam...tidak kira lah anak menteri ke, anak usahawan terlebih berjaya ke, anak owner KLCC sekalipun dia akan pilih yang Allah redha. Agama diutamakan.

Biasanya emak kita yang over nak macam itu, nak macam ini. Ayah steady jee, ye dok? takpernah sedar diri yang ayah adalah wali bukan mak kita.
Jika kita mencari keredhaan semua manusia, kita akan menjadi tua dalam pencarian itu.

untuk mengetahui apakah insan yang kita sayangi itu adalah yang terbaik ataupun tidak, lihatlah apakah ketika bersamanya kita menjadi semakin baik atau tidak.

cinta yang sebenarnya adalah ingin bersama ke SyurgaNya, maka apa-apa yang membawa ke nerakaNya itu bukanlah cinta namanya.

PERCINTAAN HALAL ITU JAUH LEBIH INDAH!

terima kasih. :)
maaf andai lari dari tajuk. hahaha

1 comment: