Assalamualaikum..
Nampaknya setahun dua kali je la post entri baru. Nak kata
busy, memang busy sangat. Banyak nak digossipkan, tapi yelah kan intenet pun
takda..nak type pun takda masa. Sabar jelah nak oi.
Kalini FREE ya amat, ya ampuuunnn. Tu yang berjuta-juta masa
ada nak menaip bagi engkorang baca. Baru cuti sem. Semalam sampai rumah (saja
je kome nak kabo. Ekekeke)
Semalam balik naik flight, first time lah balik guna
pengangkutan terapung balik cuti sem. Sem lepas balik naik train jeee. Mesti korang
cakap “ wuuuuu,kaya boleh lah. Dalam Malaysia pun nak naik kapal terbang.” Nak kata
kaya tu taklah, biasa biasa je. Loceng dekat gate rumah pun takda. Nak masuk
guna kata rahsia je “assalamualaikum”. Tapi kena kuat kuat sikit lah ye. Hahahahahaha.
Mahal ke? Berapa?
Takmahal lah, ticket bus lagi mahal. Mesti takcaya enn? Iya beb.
Buat apa nak menipu. Kang tak pasal-pasal aku masuk berita “ malindo 1505 telah….”.
hah taknak sebut. Astaghfirullahalazimm! Nasib dah selamat sampai. Alhamdulillah..
Rm 38 je seorang. Tapi korang kena tahu, tu
offer je. Kena book awal. Sebulan awal aku book. Lepasni kalau ada kawan-kawan
yang kengkonon ‘abroad’ sangat tuuu…tu mesti ticket offer. Muahahaha. Tapi okay
lah kan boleh eksen sikit dgn orang balik naik bus ke, train ke. Kan kan?
Masatu tengah lepak-lepak kat bilik dengan roommates,jiran
semua..tetiba ada yang cakap ticket flight tengah murah. So apa lagi, cepat
cepat lah online tengok harga ticket. Malindo je. Malindo pun malindo lah. Janji
sejam je dah sampai subang. Daripada naik train 10 jam tu.
Nak sangat duduk tepi tingkap, siap book ticket pilih tempat
duduk tuh. Ingatkan macam bus ke, train ke boleh pilih pilih, tapi harga sama. Tapi
ni pilih makin naik harga. Hahahaha. at last tunggu 15 minit benda tu akan
terbatal sendiri. Fuhhhh! Nasib baik. Tapi nak kata rezeki kan, book ticket
lagi sekali tanpa pilih, dapat tepi tingkap jugeeeee.. Masa tu dalam kepala
otak “ okay lepasti aku jadi dak-dak #vsco laa. Awan kepul-kepul, Nampak sayap
kapal terbang. Wuuuuu”
Ticket 3.50 petang. Dah laa balik 2 hari lepas paper habis. Pastu
balik pulak petang. Masa tu erti penyesalan betul betul menghantui diri. Yelah kan.
Kau taksabar nak balik, lepastu boleh pulak masa book ticket dengan senang hati
book 2 hari lepas habis paper. Perantau apa
macam ni?? Mungkin sebab surveyor kot, penentuan cuaca tu penting. Okay takda
kena mengena.
Masa tu lorong bilik tu sunyi sepi. Pasang lagu volume yang
sama dengan sebelum ni pun boleh dengar dari toilet tu. Hah, banyangkan lah. Cuak
jugak.
Masa hari nak balik tu, gerak awal. 10 pagi dah gerak naik
van ummul. Sapa yang pernah study dekat uitm perlis tapi tak pernah naik natang
tu jangan lah cakap aku kelentong. Van tu baru jewujud zaman aku. Murahh! Laju pun
laju. Duduk belakang sekali bukak tingkap luas-luas. Wahhh! Besnyaaa naik van. Tolong
laa banyak lagi traffic light. Taknak sampai alor setar cepat sangat. Kekekeke.
Lama tunggu. Dari pukul 11. Boarding time 3.20 ptg. Masa dah
pukul 3 petang, semangat dah nak baggage screen semua tu. Tetiba dengar flight
kitaorang DELAY. 4.15 petang baru flight berlepas. 5.20 ptg dah sampai. Masa kat
atas tadi aku bagitahu aku dapat seat tepi tingkap kan? Bila dah masuk, orang
duduk kat situ dah. Menyirap aku. Dak-dak #vsco punahhhhh. Silap seat aku tu
memang nasib je dapat tepi tingkap. Takpaa.
Aku tengok fatin, senyum lagi. Tengok timah…steady jugak. Tengok
kuya? Bertafakur habissssssss babe! Mata tutup, senyap. Tak jenguk jenguk pun
kat tingkap sepanjang dalam flight. Jenguk masa nak naik je. Haihh geram pulak
aku nengok. Masa naik tu…tetiba pilot cakap cuaca diramalkan kurang baik. Sila pakai
seat belt. Berderau jantung ni. Dah laa macam macam dengar sebelum ni. Cool…cool. Dah lama sikit, okay balik. “nasib
baik laa aku tak study kat oversea yang kena naik berjam-jam. Takpaa..sejam
jee, sejam.”
Masa dalam kereta, kuya whatsapp dia cakap dia pening. Patut
lah dia diam jee. Mabok eh? Kikikiki.
Takpa. Sejam jee.
Sekarang semua dah selamat sampai. Next time naik lagi. Hahhaha.
Selamat bercuti.
Bye bye.