welome!!

Monday, October 20, 2014

budak uitm nak balik cuti semester lah.

Assalamualaikum..

ni kisah antara aku as a student, as a penumpang teksi, dan juga pakcik teksi.
Almaklumla busy dengan final exam…dengan assignment yg aku buat saat-saat akhir, dengan nak study . pheww! Banyak betul ‘dengan’. Kehkehkeh.

Alhamdulillah selamat menghabiskan semester pertama yang banyak sangat kelenjar adrenalin mengeluarkan cecair kerana dek stress. Belum semester kedua dan seterusnya. Orang kata stress ni boleh buat muka bertambah tua. Ohemgii ohemgii! Mintak dijauhkan. *aku taknak laa time kawin  nanti orang cakap laki aku kawin dengan janda anak 5 -.- *

Nampak macam happy je nak habis exam..nak balik rumah. Korang taktahu behind the scene cemana. Haha. Tunggang terbalik jugak dibuatnya. Tidur pun berapa jam..tapi topup balik dipetang hari. Study hard lah kengkonon. Raya haji pun takbalik rumahku syurgaku taw. Mengikut tema “korban” so aku pun korban gap paper 10 hari stay dekat UiTM. Kihkihkih.

Last paper hari khamis, nak balik rumah Jumaat malam. Lepas habis paper tu..terus balik bilik siap-siap nak pergi CMART, nak cari beg plastic paaaaaaaaaling besar untuk sumbat baldi,bantal,beg…dan segala apa yang aku ada lah untuk masukkan dalam stor kolej. limit 3 luggage or kotak  seorang. Harta pusaka aku dah laa banyak dalam bilik tumpangan tu… satu kotak dah penuh buku, luggage satu, beg pergi kelas dah satu kotak … baldi? Bantal? Bakul baju kotor? So…dapat idea untuk beli beg tu. Tips…kepada bakal student yang nak cuti semester, please spepat beg mcm dalam gambar kat bawah ni. Aku beli rm10.90 dekat CMART arau.promote takberbayar.



Okay.. habis citer pasal beg, final exam.
Nak citer pasal balik pulak. Lupakan pasal study yang telah menghubung neuron sampai bersimpul-siul dalam otak ni.

Aku balik naik train dari ARAU-RAWANG. First time nih naik ketapi long distance. Sebelum ni naik ketapi ke rawang-kl sentral, rawang-midvalley. Zaman-zaman sekolah, ketapi jela pengangkutan tetap. Nak pergi keluar dengan kawan pun naik ketapi lah. Besttttt sangat bila dapat seat. Yang takbest bila kaki dah terpelek’ot bejalan sakan, time tu lah naik train takdapat seat. Blurhh!
Dengan beg pack aku berat gedabak bila galas je macam nak tertonggeng. Dah laa first time naik ketapi, aku mana lah tahu cemana station ketapi tu. Ingatkan masuk je dalam station tu terus ada ketapi. Rupa-rupanya kena daki tangga 3 tingkat kot. Perghhh! Haha. Nak meletop bahu. Dengan lagi dua beg dekat kiri kanan tangan. Lepas naik, kena turun pulak tangga nak naik ketapi. Halahh halahh! Sapa bawak luggage besar gedabak tu…tatau laa lagu mana nak angkat. Bawak turun luggage roommate aku nak masuk stor pun terbongkok-bongkok. Boleh kematu tangan.

Ingat nak balik senang ke? Berliku-liku perjalanan. Nak dapat kan teksi lagi satu hal. Pakcik teksi ni pelik, masa otw nak pergi CMART or Kangar, sebok suruh save number talipon. Katanya boleh dapat diskaun kalau naik lagi. TAPiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii… takda guna pun. Pakcik teksi ni tahu bila budak-bidak UiTM ni cuti. Dan  masa hari nak balik laaa teksi LICIN dalam UiTM. Kalau ada sebuah dua teksi je. Dah confirm-confirm laa berebut-rebut. Masa tu sebijik teksi pun payah nak dapat. nak teksi, kena menapak ke gate B. tunggu luar pagar. Bukan dekat, jauh. Menitik jugak peluh wehh. Masa tu rasa betul-betul nak belai-belai je paksi teksi ni. Eii..gewamm!

Pakcik teksi 1 : “hello…pakcik! Pakcik dekat mana? “ .”Ni dekat mana? Boleh tak ambik saya dekat UiTM?” “pakcik dekat kangaq. Adik carilah teksi lain dulu. Pakcik baru nak pergi kangaq” . “ okay”
Pakcik teksi 2 : “pakcik..pakcik dekat mana?” “pakcik dekat padang besaq. Dekat rumah. Pakcik cuti harini”. “okay”
Camnilah ayat cliché pakcik pakcik teksi masa budak uitm nak balik kampong. Lepastu kalau dapat teksi, charge mahal! Pakcik ni ingat budak uitm banyak duit kepe. Makan pun berkira-kira tau! Setakat sekangkang kera je nak dah charge rm10. Ohhhhhh! Minyak naik doplosen. -.-
Masa tengah usha-usha orang dalam bilik menunggu tu, tetiba terpandang sorang perempuan. SHERIF!!! Nak dikatakan instinc bestfriend tu kuat, sherif pun pandang aku balik. Apa lagi,teruja macam baru dapat duit ptptn. Kihkihkih.


Lamaaaaa takjumpa. Sejak masuk uitm, even U yang sama..tapi jarang jumpa. Nak berselisih time pergi kelas lagi lah jarang. Boleh dikira selama 4 bulan study, taklebih 5 kali jumpa. Dasyat! Kolej pun lain-lain. Macam-macam cerita keluar dalam beberapa minit sembang. Lepastu dia pun coach L7, tapi seat 4b. aku 6b. dia depan aku. Hehehe. Turun sama-sama dekat KTMB Rawang.

Perjalanan memakan masa hampir 10 jam. Wallaweyy! Dah lah plug takda nak on laptop. Kalau ada dah lama on laptop aku ni tengok Korean drama. dah macam apa aku dalam train. Pandang tingkap train, Nampak muka aku balik. Yelaaa, dah laa malam..dalam ketapi bukak lampu. Memang idok ler nak Nampak view kt luar. Bila tekup muka betul-betul dekat cermin tu, hah boleh laa Nampak luar. Tapi aku risau je dok tekup-tekup muka kat cermin, benda lain pulak yang aku Nampak. Dah laa kat luar tu gelap gelita. Haha.

Nasib baik beli kepci. Makan dalam train. Lapar tau duduk dalam train. Sheriff whatsapp aku Tanya café dekat mana. Aku mana tahu. Pastu aku Nampak dia pergi ke coach lain. Ingatkan ke toilet. So biar jela. Tetiba dia whatsapp aku :


Okay.. lepasni sapa nak naik train bawak makan siap-siap okay. Duit jimat dan takperlu nak jalan dalam ketapi.

Alhamdulillah..sampai rumah dengan selamat. Malas nak pikir pasal semester 2 lagi. Lagi seminggu nak balik baru fikir. Kikiki.

Selamat bercuti kepada student diploma UiTM seluruh Malaysia. Result keluar  12 november.

Berdebarsss-debarsss. Harap-harap lulus semua paper. Allahumma ameen. Allahumma amen. Allahumma ameen.


Bye bye. 

1 comment:

  1. insya Allah lulus semua paper....kalau kena repeat pun takde ape yg nak ditakutkan, repeat jelah bukan nye susah sngt pun hehe...kata orang utara "hang buat lek ja"...jadi student universiti ni mmg bnyk cabaran and pnglmn baru yg kita dpt...sometimes we meet someone yg special there,haha....satu advice drpd saya,kdg2 sesuatu yg dtg kpd kita tu mngkn tak baik pada pandangan kita and kita tak suka walaupun perasaan tu sekadar dalam hati,actually dari hati kita akan manzahirkannya melalui perbuatan kita tanpa kita sedar....appreciate what you got and what've come to you before it's too late to realize what really is and sekelip mata it is taken back from you ;) :) ;) :)........feelings need to be appreciated not rejected

    ReplyDelete