welome!!

Tuesday, August 12, 2014

'surat' untuk mak.

assalamualaikum..

Last entry terlupa nak wish selamat hari raya.
Hai korang! Selamat Hari Raya Maaf zahir dan Batin.

makan lemang jangan over sangat, kang macam-macam sakit segera datang.

okay... nak continue last entry. KLIK SINI kalau ada yang belum baca.

**************************************************
aku datang UiTM bukan dengan kerelaan hati aku sendiri. aku datang penuh dengan rasa keterpaksaan. sampaikan aku rasa " kenapa takda sorang pun yang faham aku? "

'surat' untuk mak:

mak, kakak tahu mak mengharap sangat kakak pergi UiTM ni. mak berharap sangat kakak terima course ni. emak...kakak tahu perasaan gembira mak bila dapat tahu kakak dapat masuk U. Kakak faham! kakak tahu! :'(
duduk sorang-sorang...kakak fikir..bila lagi kakak nak gembirakan mak? abah dah takda. 
mak..mak ingat lagi tak...mak yang sediakan barang untuk kakak nak pergi U. mak siapkan semua. mak yang bersemangat. tiap hari mak tanya "apa lagi yang nak beli? dah cukup ke barang?" 

masih terngiang-ngiang suara mak,masih terbayang-bayang mak belikan barang, lepastu letak dalam bilik. kakak buat taktahu je masa tu. 
maafkan kakak :'(

kakak protes taknak pergi UITM ni. tapi mak takpernah jemu cakap " Allah dan tentukan. Allah dah atur dah hidup kita. tengok...sebelah dengan matrik adik je.."
 :'(

mak...ampunkan kakak. :'(

bila kakak telefon mak, cakap dekat mak "mak, susah lah sains geomatik ni." mak diam je. kakak tahu kenapa mak diam. sebab mak yang suruh kakak pergi blajar course ni. 

ya..kakak pergi UITM ni sebab mak. nak tahu kenapa?
sebab "murka ibu bapa, murka Allah. redha ibu bapa, redha Allah"

seandainya ini yang boleh buat mak gembira, kakak terima.
Doakan urusan kakak dipermudahkan di U ini. 

kakak sayang mak sangat sangat! seandainya diberi pilihan 'pahit' dengan 'manis'...kakak sanggup telan 'pahit' untuk bagi mak rasa yang 'manis'. 

**********************************************
aku pernah rasa give up sampaikan aku menangis dalam sujud terakhir. tiap kali doa, air mata pasti mengalir. 

"Ya Allah...seandainya ini ujian untuk ku dari Mu, aku terima kerana Kau takkan pernah timpakan ujian kepada hambaMu tanpa hikmah disebaliknya. "

Doakan dipermudahkan menjawab final exam yang semakin hampir ni. 

kadang-kadang kita terpaksa memijak halangan yang cukup memeritkan untuk sampai ke destinasi. 

thank you. :) 


2 comments:

  1. good.. dah besar naimah.. belajar erti tanggungjawab sebagai seorang anak :)

    ReplyDelete
  2. sedih sangat ni ... hmmm .. goodluck study, kalau rasa nak giveup, ingat mak .. arwah abah ...insyaAllah -kakak umi

    ReplyDelete