welome!!

Sunday, April 27, 2014

Helmet hitam, spek Rayben, EX5 gold

assalamualaikum...

sekian lama tak hapdet blog yang usang tetapi kecomelan tidak dapat dinafikan.
terima kasih kepada anda yang tertunggu-tunggu entry baru sehinggakan makan taklalu, tidur taklena, mandi takbersabun.. *melampau benor ni. Haha

Alasan apa eh nak bagi dekat korang supaya korang tak berduka cita lagi?
erm...kitaorang takda menda nak cerita banyak komitmen laa. Busy. kehkeh!

mungkin ramai yang taktahu Hamimah eksiden motor. berita ni tak keluar dkt TV3 sebab tak menjejaskan ambulan dan hospital pun.
mesti dalam kepala otak korang tertanya-tanya macam mana boleh eksiden kan? takpayah susah-susah nak pikir. aku cerita dari A-Z. korang relax jee.
baca blog ni dengan penuh ketenangan. kihkihkih.

Pada suatu hari, seorang budak perempuan dalam perjalanan balik ke rumahnya. pada waktu itu, hujan turun agak lebat.
*macam permulaan cerita dongeng pulak. kang ada yang tertido. -.-'

okay...
aku dah lupa Hamimah eksiden hari apa. Tapi yang pasti, tepat dan sahih dia eksiden dalam pukul 6 lebih (petang) sebab dia kerja shift malam. 6pm habis laa waktu kerja dia. pada petang tu hujan turun membasahi bumi dan nak penuhkan air di empangan selangor kebarangkalian.  tahu-tahu jelah kalau hujan, jalan LICIN. dan dan pulak bunga dekat tayar tu tak berapa nak subor.

Aku yang tengah lending dalam bilik, tiba tiba dengar suara orang datang rumah. dalam hati : "jiran sebelah punya member kot" . tetiba aku tengok Hamimah masuk bilik dengan keadaan yang agak parah. *bagi aku jelaa parah. aku cepat gelabah. haha
bukan terkejut 'opocot' dah, terkejut beruk +makyey kawwww!
tapi still dalam kategori 'cool' lagi. :D

automatik aku jadi ahli PBSM setelah beberapa bulan aku pencen. Halamakkk! *tepuk dahi.

tang muka laa yang luka. bibir darah (dan bertukar jadi anjelina joli), dahi, bawah hidung, dagu, tapak tangan, lutut kiri kanan.
*dengar mcm parah sangat ye idak? alaaa..luka baby-baby je. hihi. baby-baby pun...telan oat je yang mampu. xD

bersilat jugak aku cuci luka Hamimah. dengan tong first aid aku usung.
tahan napehh jelaa aku masa tu dgn hati yang 50% rela..50% takrela. kihkihkih.

Dalam beberapa hari tu, elok aku duduk rumah lending 24jam..dah ada kerja part time tanpa diminta.
kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah utk selama-lamanya, kasih kembar...engko tunggu aku mintak upah!!

malam tu jugak aku temu ramah Hamimah.

"kau jatuh dekat mana weh?"

"alaa..dekat loji dekat seroja tu. dekat bukit tu."

"ohh...dekat ladang tebu tu ye? hahaha"

"haah. aku dah brek awal dah, time nak kona tu ada kereta dengan motor, aku tekan brek lagi terus jatuh"

"teruk tak motor?"

"entah..aku tak tengok pun. aku jatuh terus bangun balik"

"dalam hati: bagus. ini tindakan refleks! sapa hantar kau balik? "

"kak emy. masatu takda org pun. ada kereta kak emy dgn motor org perodua."

"ooo. motor sapa yang ambil?"

"entah.. sapa tah. gigi aku rasa nak tercabut laa. gigi depan ni"

"alaaa, kebas je tu. mmg rasa nak tercabut. aku tengok kukuh je lagi"

"tapi goyang laa gigi ni."

*malas dah aku nak layan.  tahan gelak jee aku --'

banyak-banyak benda nak cium..jalan tar jugak dia mengidam. haih..=.=
malang takberbau kan? mesti ada hikmahnya :')

seminggu jugak dia MC. takpergi klinik pun ambil surat MC. seminggu cuti tolak gaji. haha.
disebabkan muka dia bercalar-balar, kerisauan melanda diri teramat sangat, terus pergi watson.

beli apa??

beli segala jenis produk yang boleh hilangkan parut. MEDERMA wajib! haha.
yes..sangat berkesan! tapi mahal sikit laa. tapi tak semahal......apa eh lagi satu jenama tu. lupa!! -.-

lepas seminggu, aku pulak laa jadi driver dia.
TRAUMA. hahaha.
aku lerr yang hantar Hamimah time pergi kerja. time balik abang ambik.

wehhh..engkorang ingat free-free je perkhidmatan aku?
berbayar weyy. sekali hantar RM2. :D
aku hantar selama 9 hari macam tu sebab 30 April last Hamimah kerja. dia nak pergi matrikulasi perlis pulak. so, dapat laa duit poket sikit. kehkehkeh!

selama 9hari tu...helmet hitam, spek rayben, motor EX5 gold.
*sebenarnya berdebar jugak nak bawak EX5. takut ada BADI. hahaha

aku takkenal orang, tapi orang kenal aku. haih. SEGAN tu ada lah jugak kan..
tapi kitaorang peduli hapa. takda masa nak control-control ayu, bawak motor macam takreti nak pulas minyak.

HIDUP KENA GAMBLE! lalala

tapi taklaju dah bawak. orang kata 'steady' jee.
TAKUT! haha :D

spek rayben bukan nak tunjuk stylo atau nak tayang ke'original'lan spek tu.
mata aku ni taktahan panas. pastu kalau ada pulak lori..berterbangan pasir pasir. kang dok terkebil kebil, takpasal pasal aku pulak yang masuk dalam ladang tebu tu.

dan aku bukan lah penunggang hantu.
ada lesen okay..

nasihat kepada gadis-gadis yang suka sangat naik motor, berwaspada lah bawak motor tu. kalau nampak selekoh yang memang bahaya, pastikan 500meter dah tekan brek ya. :D

WARNING!
MALANG TAK BERBAU. ingat. jangan nak remmm sana, remmm sini.

okay..dah habis cerita dah.. :p

Monday, April 7, 2014

Pernah ke tidak? simpan jawapan,jawab dalam hati

ASSALAMUALAIKUM..

entry kali ni untuk kita sama-sama renungkan, muhasabah diri.

Dulu,
aku pun taktahu.
aku jahil di masa lalu.
Bercinta,
rasa sweet gila bersama-sama.
suka duka sharing together.
no wonder lah makin lalai makin leka.
now, bila dah seda,
rasa bersalah. apa dulu yang kita buat semua DOSA.

saya beri 3 situasi orang bercinta.
last nanti compare dengan bercinta dengan Allah.

situasi pertama: 

orang bercinta, malam mesti call kan? bila kita tertidur, esok pagi tengok ma shaa Allah banyakkkk gilaaaa missed call,sms daripada si dia. kita jenuh gelabah nak jawab apa kat dia nanti. jenuh duk pikir ayat. kang kata tertidur sentap pulakkk kan? dia dah lah buat super savers la apa la semata-mata nak bercakap dengan kita. hmm macam mana ye?

situasi kedua:

bila kita cintakan someone, kita sanggup oiii pengabihh duit semata-mata untuk dia. topup rm5, rm10, rm30 and rm100 pun sanggup. semata-mata nak text/call/whatsapp/wechat si dia. kering poket pun takpa, demi membuktikan cintaku padamu. mari gelak :3


situasi ketiga:

bila kita ni memang sayang gileeee ler dekat dia, haa mesti duk angau kan? pantang bebenor dengar orang bercerita tentang dia, mula ler kita rasa semacam. hati berbunga-bunga. apatah lagi kalau orang bercerita tentang keindahan dan kelebihan dia depan-depan kita. Fulamakk wey, boleh tak tidur malam teman. ate duk ghenyihh soghang-soghang. Hahaha ghenyih=senyum. Betul kan?


now cuba compare dengan situasi bercinta dengan Allah.

situasi pertama:

kita sanggup kan call malam-malam?sampai bila kita tertidur pun, kita rasa takut bebenor nak ngaku pada si dia. tapi, PERNAH TAK KITA TERFIKIR? apakah aku sanggup BANGUN MALAM, semata-mata untuk ALLAH? apakah aku sanggup bangun BERTAHAJJUD mencari keedhaanNya. pernah tak kita bangun malam semata-mata untuk ALLAH selama ini? pernah ke tidak? simpan jawapan tu.


situasi kedua:

kita sanggup peghabih duit berpuluh, beratus semata-mata nak berbual dengan si dia. tapi PERNAH TAK KITA TERFIKIR? apakah aku sanggup BERSEDEKAH BERPULUH RINGGIT, BERATUS RINGGIT semata-mata untuk membantu saudara-saudara ku di JALAN ALLAH? kita selalu derma rm1, rm2? pernah tak sampai beratus? pejam mata je. JANJI untuk AMAL KEBAIKAN? pernah ke tidak? simpan jawapan tu.


situasi ketiga: 

duk angau. dengar je nama dia bergetar rasa hati. apatah lagi bila dengar orang duk puji dia depan-depan kita kan? tapi, PERNAH TAK KITA RASA/ TERFIKIR? bila ustaz/ustazah/ sesiapa sahaja MENCERITAKAN KEBAIKAN ALLAH, KEINDAHAN ALLAH, pernah tak BERGETAR HATI KITA? pernah tak kita tak tidur malam memikirkan KEKUASAAN ALLAH? pernah tak bertambah RASA CINTA KEIMANAN kita pada Allah bila mengetahui kekuasaanNya? pernah ke tidak? simpan jawapan tu.


sahabat..
aku dulu jahil sahabat.
aku juga pernah lalui ketiga-tiga situasi di atas.
dan sukar untuk aku lalui ketiga-tiga situasi di bawah.
aku juga pernah bercinta,sahabat.
namun kini, aku berjuang untuk tidak mensia-siakan masa, hati dan harta dijalan yang haram.
apa yang bakal aku katakan pada suami aku nanti, apa rasa cinta yang bersisa lagi jika semua rasa cinta itu aku dahulukan buat yang belum halal?

sahabat..
kita belum terlambat.
entry ni aku tujukan kepada sesiapa.
aku cuma rasakan aku layak memberi peringatan.
kerana apa?
kerana aku rasakan terlalu banyak status-status di facebook, twitter dari kita semua di tujukan buat yang bukan halal.

boleh berkasih. ya boleh.
Berkasih dengan Allah SWT.
nak tahu macam mana pasangan terbaik untuk kita?
tengok macam mana dia tawarkan cintanya.
mengajak kita couple atau bernikah?
jawapan kepada semua situasi tadi,kita sahaja yang tahu. simpan. muhasabah diri.
belajar cintakan Ilahi. jangan terlalu cintakan yang tidak kekal kerana takut kita kecewa nanti.

Jika rasa cinta masih muda,
kejar ilmu Allah dulu.
Masih banyak yang kita belum tahu.
Jika sudah mampu, carilah pasangan hidup yang berpegang kepada agama Allah. In shaa Allah, bahagia dunia, bahagia akhirat.

**maafkan saya jika ini membuat sesiapa terasa hati. saya rasakan saya patut memberi nasihat disini kerana saya masih belum mampu untuk memberi nasihat secara berdepan. masih selemah-lemah iman. Allahuakhbar Lailahaillah!