Annyeonghaseyo..ya seyo..seyo..ooo
Kawan baik ni sinonim jelah dengan sahabat dan lain2. Org yg boleh buat kita percaya, yg kita buat benda jahat, jahat, dan jahat dan baik semua dengan dia. You jump, I jump also bak kata omputeh. Bak kata org pulak kawan biar beribu-ribu, bercinta biar empat satu. krikkrikkrik xD
Eh, pahal ayat aku ni bermula dengan 'kawan'? Haa ni aku nak cerita pasal kawan aku sorg ni. Kita org kawan lama tak lama jugalah. Bagi aku dia ni seorg yg sangat istimewa. Kenal dia secara tak sengaja sebenarnya..kat tepi jalan tu jee..hahahaha..(jgn marah ye aan). Time tu bulan puasa..nak cari baju rayaaa. Emm taknaklah cerita macam mana kitaorg kenal..tak best pun..macam cerita hindustan -.- tapi takda lah mcm menari2 atas bukit, kat taman bunga tu..terpusing-pusing. (padahal malas nak ingat balik sebab kalau ingat balik mesti aku gelak sorg2). Tapi takpa lah, aku cerita jugak. First time aku tengok dia, aku dah nampak keanehannya. Memang tak tahu erti malu tu apa. Bercakap tanpa henti uuoolllssss tahu tak. Macam2 dia tanya sampai aku dah malas nak layan. Dah lah masatu tengah bengang sbb cari sneaker takda saiz(kaki comel sgt -.-). Actually aku tahu yg kau nak ngorat aku masa tu kan? aku tahuuuuu..(kau mesti tengah gelak skrg ni?) Dia memang otak mereng tahap yg tak bertahap wa cakap sama lu.. macam kartun jugak perangainya kadang-kadang. hahahahahaha xD. Sempoi gila! Senang cite satu kepala lah dengan aku. Kawan yg paling sempoi pernah aku ada..tapi satu je kelemahan kau aan, kau ni baran..(aku harap kau berubah). Pakwe sorg ni kalau buat something, nak ikut kepala dia je..(kadang2 aku bengang jugak..hehe) *tangan dibahu, mata keatas* Seriously aku bertuah kenal kau aan. baik sangat. Senang nak minta tolong..dia akan tolong selagi dia boleh tolong..baik kan?
Tapi dia cakap skrg dia dah taknak kawan dengan aku(sedih)..ada masalah negara sikit..sikit je. But what past is past. tak perlu nak ungkit. tapi takpa. aku akan pujuk kau sampai kau ok..tak kira..tak kira!!!!! memang aku ni kalau bercakap suka sakitkan hati org, aku sendiri pun tak perasan..nasib baik kau bgtahu kan? haha. kita dah tak macam dulu..aku tahu aku bukan sorg je kawan kau, lepasni mcm2 org lagi yg kau akan jumpa. aku harap kau pandai2 lah pilih kawan nanti ye. tak kisahlah kau nak berkawan dgn org baik ataupun jahat..tapi yg penting kau tak jahat kannnnnnnn..
kawan baik ni bukanlah tentang berapa kali kita nak ulang 'dia ni kawan baik aku!' sampai beratus2 kali. kawan baik adalah kawan yg lalui susah senang bersama, gaduh gelak sama2, walaupun sampai satu masa nanti kawan itu memulakan hidup baru, kita masih menggenggam erat kenangan lama, dan kau selalu tanya khabar tanpa lupa.
"if you are in trouble, if you need a hand, just call my number, because i'm your friend!"
aku harap sgt yg persahabatan ni akan kekal selamanya. aku nak dia sentiasa ada dengan aku, aku bangga ada seorg kawan macam dia..aku rasa dialah kawan aku yg paling baik..walaupun kadang2 kau kasar dgn aku, aku tak pernah ambil hati pun(ada juga lah terasa hati tapi sekejap je..hehe). terima kasih ya Allah kerana telah pertemukan aku dengan dia.
jadi, apa2 pun jujurlah dalam berkawan kerana setiap apa yg kita buat, apa yg kita berkorban, walaupun dia tak pernah nampak, satu hari dia akan perasan bila kita jauh daripada dia, dan yakinlah Allah Maha Mengetahui, yg penting keikhlasan :)
sahabat, meski kita tak bersama, namun kita tetap satu dalam hati dan cinta kerana kau sahabat sejatiku. selamat tinggal sahabatku, selamat jalan sahabatku, cinta dan kasihmu kan selalu satu di hatiku selamanya....
Thanks for reading :)
sbb tu penting amar makruf nahi mungkar, tuk ajak org lain buat kebaikan kerana Allah....bukan pikir diri sendiri je nak buat baik....
ReplyDelete