welome!!

Tuesday, August 12, 2014

'surat' untuk mak.

assalamualaikum..

Last entry terlupa nak wish selamat hari raya.
Hai korang! Selamat Hari Raya Maaf zahir dan Batin.

makan lemang jangan over sangat, kang macam-macam sakit segera datang.

okay... nak continue last entry. KLIK SINI kalau ada yang belum baca.

**************************************************
aku datang UiTM bukan dengan kerelaan hati aku sendiri. aku datang penuh dengan rasa keterpaksaan. sampaikan aku rasa " kenapa takda sorang pun yang faham aku? "

'surat' untuk mak:

mak, kakak tahu mak mengharap sangat kakak pergi UiTM ni. mak berharap sangat kakak terima course ni. emak...kakak tahu perasaan gembira mak bila dapat tahu kakak dapat masuk U. Kakak faham! kakak tahu! :'(
duduk sorang-sorang...kakak fikir..bila lagi kakak nak gembirakan mak? abah dah takda. 
mak..mak ingat lagi tak...mak yang sediakan barang untuk kakak nak pergi U. mak siapkan semua. mak yang bersemangat. tiap hari mak tanya "apa lagi yang nak beli? dah cukup ke barang?" 

masih terngiang-ngiang suara mak,masih terbayang-bayang mak belikan barang, lepastu letak dalam bilik. kakak buat taktahu je masa tu. 
maafkan kakak :'(

kakak protes taknak pergi UITM ni. tapi mak takpernah jemu cakap " Allah dan tentukan. Allah dah atur dah hidup kita. tengok...sebelah dengan matrik adik je.."
 :'(

mak...ampunkan kakak. :'(

bila kakak telefon mak, cakap dekat mak "mak, susah lah sains geomatik ni." mak diam je. kakak tahu kenapa mak diam. sebab mak yang suruh kakak pergi blajar course ni. 

ya..kakak pergi UITM ni sebab mak. nak tahu kenapa?
sebab "murka ibu bapa, murka Allah. redha ibu bapa, redha Allah"

seandainya ini yang boleh buat mak gembira, kakak terima.
Doakan urusan kakak dipermudahkan di U ini. 

kakak sayang mak sangat sangat! seandainya diberi pilihan 'pahit' dengan 'manis'...kakak sanggup telan 'pahit' untuk bagi mak rasa yang 'manis'. 

**********************************************
aku pernah rasa give up sampaikan aku menangis dalam sujud terakhir. tiap kali doa, air mata pasti mengalir. 

"Ya Allah...seandainya ini ujian untuk ku dari Mu, aku terima kerana Kau takkan pernah timpakan ujian kepada hambaMu tanpa hikmah disebaliknya. "

Doakan dipermudahkan menjawab final exam yang semakin hampir ni. 

kadang-kadang kita terpaksa memijak halangan yang cukup memeritkan untuk sampai ke destinasi. 

thank you. :) 


Monday, August 11, 2014

aku dah jadi mahasiswi !

assalamualaikum..

dah ramai yang tanya, "tak update blog dah ke? "
maaf ya. bukan taknak update. rinduuuuuuuu sangat dengan blog. Tapi nak luangkan masa dengan blog ni takda masa.
yang tertanya-tanya blog aku ni....rindu ke?
eleyleyley....rindu lettuww. haha

before aku cerita merepek-repek lagi, aku nak cerita dulu pasal pelarian aku ke Perlis ni.

7 Jun dah selamat mengabdikan diri dekat UITM Arau. yeayyyy! -.-

"seronok ke?"

seronok SANGAT! fuhh.

sebab tu laa dah lama tak merepek dekat sini.
**sesi luahan perasaan bermula!

first datang, 3 hari MDS. (alhamdulillah. nasib tak seminggu. kekeke)
wehh...masa tu aku rasa dah macam rupa orang asli weh. (dasyatnya MDS. hmmm)

berpeluh-peluh satu badan. engkorang nak tahu....semua part 1 perempuan kena duduk dalam dewan yang kepanasannya 269 darjah celcius! haaa...amekkawww. lagi 1 degree celcius je nak cukup 300.
 (nak menggambarkan betapa panasnya dewan tu).

dah laa mandi pukul 5 pagi je. dapat mandi second time pukul 12.30 pagi.
pukul 5 pagi tu mandi untuk esoknnya pulak. begitu lah seterusnya selama 3 hari tu.

muka aku berketul-ketul jerawat.cuci muka pun time mandi je. -.- masa tu.......aku mampu bukak album phone, tengok gambar 2 hari before datang UITM. hmm.. licin! dan masa tu baru aku rasa bertapa huduhnya aku! hahaha

dengan pakai tudung putihnya....adoi. takda 'nur' diwajah. kikiki.
**sorry. gambar takda. :p (alasan...?? erm. haha)

alhamdulillah...sekarang dah okay. **hari-hari sapu ubat jerawat. kikiki.

classmate bestttttttttttttt semua! seronok!
diorang semua dah macam adik-beradik. alhamdulillah.

**to my classmate....thanks so much sebab sporting, ada masalah sama-sama settle, pergi mana-mana semua ada. aku harap...next semeter kita still classmate (seddihh ke Naimah?? haha :p) .
datang dari pelbagai negeri, latar belakang yang berbeza...tapi semua satu kepala!
kerlass tak ayat aku? hehehe.


boleh follow instagram kalau nak lagi byk gambar. Naimahhassan_ & hamimah_hassas ...
malas nak bubuh gambar banyak sangat. (loading lambat!)

Dan mesti ada jugak yang tertanya-tanya...aku ambil course apa? 
siap boleh berMONOPOD tuu.. 

haaa...
ni masa dah habis class ya. baru-baru lagi... tak stress lagi. haha

sains geomatik. 
faculty of architecture planning & surveying. 

taktau?? halahhh halahhh.. nak tengok gambar lettuww 

ni haaaaa. orang melayu panggil jurukur tanah. 
kalau korang orang zimbabwey..maaf laa. aku bukan asal situ. so aku taktahu.  

pejam celik pejam celik dah 3 bulan dah dekat sini. dah nak habis semester satu dahh.. 
sekejappppp sangat masa berlalu. 
masih belum banyak 'pahit' yang aku lalui setelah bergelar student geomass. 
masih belum jelajah satu UITM dengan mengusung tripod, theodolite dan seangkatan dengannya. 

**sapa yang minat nak jadi macam aku dalam gambar tu, apply lah UPU sains geomatik. PASTI ke Perlis lah engko. hah...jadi junior aku. kekeke. :p

make sure kat skolah korang ambil mathematic, addmath, physic.  kalau boleh excellent. 
macam aku ni...takberapa nak excellent. bukan setakat merangkak-rangkak, aku ni di ibaratkan bayi 3 bulan yang baru pandai meniarap. (humble sangat eh? sukati aku laaaa) 

dekat sini ada dua orang lagi bekas student SMKBS 2. dekat UITM diorang senior aku. 
dan lagi sorang sharifah a.k.a Sherif. sama-sama junior dekat UITM perlis ni. 

walaupun bestfriend, dah masuk UITM ni jaranggggg sangat jumpa. masing-masing busy. Kolej pulak lain lain. 
course pun lain. Nak kata terserempak time pergi kelas tuu boleh kira berapa kali je. :'(

masing-masing sibuk. 

oh..before aku akhiri kata-kata terakhir, aku nak bagitahu untuk adik-adik yang bakal isi UPU. 

PLEASE PILIH COURSE YANG SESUAI DAN JANGAN MAIN BEDAL JE ISI. PELUANG UITM SEKALI JE. PILIH APA YANG KORANG MINAT! 

sebab apa aku pesan?? sebab.... sejujurnya course ni aku TAKMINAT LANGSUNG. 
tapi aku terpaksa pergi, hadap course ni walaupun aku jejak UITM ni secara terpaksa. 

nak tahu kenapa? tunggu next entry aku update. :) 

thanks for reading my entry yang 'membosankan' ni

any question please tinggalkan comment. InsyaAllah ada masa akn dibalas walaupun lambat .