Assalamualaikum..
Hey ebellibadii..
Emm betul ke lelaki ni nak yg cun melecun je? korang rasa macam mana? ok, meh meh nak share dgn korang (terbaca magazine tadi, terkeluarlah idea..) secara realitinya lelaki memang pandang rupa paras (ajet-ajet macho..nyampah!) sebagai ciri awalan dan menjadi asas kepada perasaan jatuh suka. Ni semua lumrah bagi seorg lelaki sejak azali lagi..(sejak azali lagi lagi ok!-.-) Haa sama lah jugak dgn perempuan yg jadi CHOOSER dalam menentukan calon pasangan sama ada rupa (ni pulak ajet-ajet lawa) atau keadaan poketnya! (ni pisau cukur brand gillette)
Apa-apa pun sebagai manusia kita selalunya disedarkan dgn realiti diri sendiri. Bila seseorg lelaki tu sedar yg dia tak layak untuk gadis terlebih cun seperti yg diimpikan bagai melangit (habislah meleleh air liur kau Jah! hahahah) dia akan turunkan sedikit "standardnya" (elehh turun sikit jerrr..rrrr) ke paras rupa yg dia rasakan 'sedap mata memandang' bagi dirinya. "Sedap mata memandang" ni sebenarnya berbeza dprd seorg lelaki dgn lelaki yg lain. Haa dgn perbezaan ni lahhhh yg memungkinkan semua wanita diluar sana berpeluang untk dipikat, dingorat (em, Di... apa lagi eh?) oleh lelaki- lelaki jejaka-jejaka idaman :)
Maknanya, walaupun wanita itu merasakan dirinya tu tak cun melecun pun mesti ada jerrr lelaki yg cuba pikat dia jika dia berada dalam lingkungan 'sedap mata memandang'. Tapi tak semua lelaki nak yg cun jeee ye korang ye. Mungkin ada yg ckp cenggini "cun-cun pun lama-lama berkedut jugak" atau "cun je pun tak guna kalau tak pandai masak".. So, gegurl-gegurl sekalian yg tak memiliki kecantikan 'luar biasa' yg dipandang oleh lelaki ni, uuoolllssss jgn risau. Takyah susah-susah nak seksi-seksi semata-mata nak pikat lelaki ni..(kau cekci-cekci nak pergi mana? nak tunjuk badan kau yg mcm cicak tokek tu? -.-') Mak mertua tak suka pun kalau bakal menantunya gitu gaya. cuba la pakaian tu proper (takdalah kena kutuk), barulah bakal mak mertua berkenan nak jadikan korg menantu. Yg lelaki ni pun carilah yg sopan pakaiannya, kang dah kawin nanti berjenoh nak tanggung dosa isteri yg menggunung. kan? kan?.
Lelaki ni cari pasangan hidup bukan atas luaran sahaja. Siapa yg nak berkawan dgn luarannya kalau semua tu 'plastik' belaka..dok ubah sana, dok ubah sini. pastu bulu kening elok2 Allah bagi cantik2, ditorehnya. Haishhh. Org perempuan yg dah cukur bulu kening ni rugi tauuuu. Nak tahu kenapa? sebab bila dah cukur, pastu lukis balik guna eye brow, tak boleh keluar time hujan. nanti keningnya pun hilang. dah tak cantik. (jgn nangislah kalau takda yg ngorat hahahahaha XD)
Ada apa dgn cun? Cun bukanlah faktor yg mengekalkan relationship kita pun. kita selalu tgk awek-awek kat luar sana yg hot (mcm boiling water) dan cun yg sering ditinggalkan kekasih mereka. kenapa ye? padahal dorg tu kalau petik jari sekali mesti 10 yg dtg nak pikat (kalau yg muda-muda takpa, ni yg tua-tua). Kenapa ada lelaki yg mensia-sia kan kecantikan yg mereka miliki dan kemudian pilih gadis biasa-biasa jerrr untk dijadikan bakal isteri?
Lelaki ni sebenarnya nak perempuan yg memahami, terima seadanya; selalunya dorg suka perempuan yg jenis 'simpel'..tak suka yg 'over'. Dorg jugak nak perempuan yg mendengar kata (tapi jgn lurus mcm pembaris tau!!!), yg tak kurang ajar, tak melawan dan hormat mereka. sebab kalau perempuan-perempuan tu perangai sebaliknya, ia alasan yg mudah untk lelaki tak tahan lama dgn uuoolllsssss. Ego lelaki ni kdg-kdg lebih tinggi dari menara KLCC (tapi mesti ada cara punya nak runtuhkan..)
Therefor, cun dan hot bukanlah pilihan utama seseorg lelaki. Bagi dorg sedap mata memandang pun dah ok dahhh. Asalkan korg ada ciri-ciri yg dpt tawan mereka drpd memiliki awek cun dan hot tapi memeningkan kepala nak handle. So uolss kenalah yakin pada diri sendiri. jgn disbbkan tak cun, korg hilang kepercayaan diri untk mendpt pasangan.
Bagi kaum adam, jgnlah terlalu menilai wanita menerusi luarannya sahaja. Kecantikan itu subjektif. Tepuk dada dan tanya selera kamu bagaimana :)
Thank you for reading this entry :)